Objek yang dikatakan bom tangan yang ditemui di bawah tilam dalam bilik sebuah hotel di Port Dickson semalam, sebenarnya pemetik api berbentuk replika bom tangan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twitter berkata, pelancong dari Syria membeli replika bom tangan itu di kawasan Muzium Angkatan Tentera di Port Dickson,
Laporan media melaporkan kakitangan sebuah hotel di Port Dickson menemui objek seperti bom tangan itu di bawah tilam dalam bilik di hotel berkenaan sebelum pelancong yang menginap di bilik berkenaan kembali untuk mengambil objek itu.
Berikutan itu, Khalid berkata, lima pelancong warga Syria ditahan polis dari Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFFOC) Bukit Aman di Cameron Highlands, Pahang, hari ini.
"Lima pelancong Syria ini beli replika bom tangan ini di kawasan Muzium Angkatan Tentera di Port Dickson.
0 comments:
Catat Ulasan