Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

1 September 2016

DI ABAIKAN, DI DERA, LUKA PARAH DAN JANGKITAN KUMAN PUNCA KEMATIAN ADIK NUDZIRAH


Kematian Nudzirah Nur Safiah Sabarudin, 2, yang disyaki didera kakak dan abang iparnya dikenal pasti berpunca daripada jangkitan kuman pada kecederaan lama dan wujudnya pengabaian oleh penjaganya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, bedah siasat terhadap mangsa semalam mengesan banyak kesan luka baru dan lama pada seluruh badan termasuk luka serta lebam di muka, kepala, kaki serta koyak di kedua-dua belah telinga dan bibir.

Menurutnya, terdapat juga kesan lebam di belakang badan serta kesan luka terbakar tahap tiga di kiri kaki mangsa hingga menyebabkan terdedah ototnya.

Katanya, terdapat juga kesan koyakan di sebelah kiri kepala mangsa hingga menampakkan tulang tengkorak.

"Hasil bedah siasat itu mendapati kecederaan yang dialami mangsa tidak boleh menyebabkan kematian tetapi kerana tidak dirawat ia membuatkan kuman merebak ke seluruh badan.

"Siasatan masih dijalankan dan tertumpu kepada punca kecederaan dialami mangsa dan kenapa dia tidak dibawa untuk mendapatkan rawatan," katanya.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI