
Syarikat Apple Inc dijangka bakal mendedahkan edisi terbaharu perantinya iaitu iPhone 7 pada bulan September ini.
Apple turut mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu majlis di Bill Graham Civic Auditorium, San Francisco pada 7 September ini pada jam 10 pagi meskipun enggan mendedahkan butiran lanjut apakah tujuan ia diadakan.
Namun khabar sedang bertiup kencang yang Apple bakal memperkenal telefon pintar yang dinanti-nantikan iaitu iPhone 7.
Menerusi portal rasmi, syarikat itu menghantar jemputan kepada pihak media dan tetamu khas.
“Jumpa pada 7 September,” tulis mereka pada jemputan atas talian itu.
Acara khas ini menjadi acara tahun bagi Apple Inc untuk memperkenalkan produk-produk terbaharu mereka. Ini merupakan tahun kelima Apple Inc mengadakan acara media ini.
0 comments:
Catat Ulasan