Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

12 Ogos 2016

ATUK ALIH KERETA TAK SANGKA TERGILIS CUCU


Seorang bayi lelaki berusia 14 bulan maut selepas bergesel dengan kereta dipandu datuknya dalam kejadian di hadapan rumah keluarga itu di Taman Darul Iman, Bukit Kuang.

Ketika kejadian kira-kira jam 8.40 pagi itu mangsa, Ahmad Syawal Anaqi Ahmad Fadzi dikatakan merangkak keluar dari rumahnya kerana pintu gelongsor kaca rumah itu terbuka.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, datuk mangsa yang berusia 59 tahun tidak menyedari cucunya itu merangkak keluar ketika dia membuka pintu dan masuk ke dalam kereta yang diletakkan kira-kira lima meter dari rumah.

Katanya, datuk mangsa ketika itu mahu mengalihkan kereta Perodua Axia yang diletakkan dekat simpang ke hadapan rumah.

"Ketika di depan rumah, datuk mangsa dengar sesuatu bunyi di bahagian belakang keretanya dan lepas keluar dia nampak cucunya terbaring dalam keadaan berdarah di kepala di tepi kereta.

"Waktu itu bayi lelaki berkenaan masih sedarkan diri dan segera dihantar ke Hospital Kemaman untuk dapatkan rawatan namun mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.56 pagi," katanya.

Kata beliau, mangsa dipercayai bergesel dengan bahagian sisi belakang kereta menyebabkan mengalami pendarahan pada bahagian kepala.

Mangsa difahamkan diasuh oleh datuk dan neneknya kerana kedua ibu bapanya bekerja dan ketika kejadian berlaku nenek mangsa berada di dalam rumah.

Mohd Said berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI