Seorang wanita Alberta bertindak memfailkan tuntutan mahkamah terhadap firma pencipta permainan maya Pokemon GO, Niantic Inc di California kerana mendakwa permainan tersebut menceroboh privasi kediamannya.
Wanita tersebut Barbra-Lyn Schaeffer berkata rumahnya menjadi tumpuan pemain-pemain Pokemon GO sejak akhir-akhir ini kerana ia menjadi ‘gym’ permainan itu.
Gym merupakan lokasi pemain bertarung dan mengawal kawasan, biasanya membabitkan rumah ibadat dan bangunan awam.
Schaeffer berkata, ada pemain cuba merangkak melepasi pagar untuk masuk ke perkarangan rumahnya.
"Permainan ini satu permainan yang baik. Anak saya bermain, cucu saya bermain tetapi jangan bermain di rumah saya," katanya.
Schaeffer berkata, padah rumahnya menjadi ‘Gym’ sehingga menyebabkan ada pemain sanggup duduk di situ sepanjang hari.
"Kami tidak mahu ada orang luar mengintip di luar tingkap. Sabtu lalu, ada pemain menggunakan dron ke perkarangan rumah untuk bermain," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan