Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

17 Ogos 2016

ATLET JUDO MESIR DI HANTAR PULANG GARA-GARA TIDAK BERSALAMAN DENGAN ATLET JUDO DARI ISRAEL


ATLET Judo Mesir, Islam El Shehaby dihantar pulang dari temasya Sukan Olimpik Rio 2016 selepas beliau enggan untuk berjabat tangan dengan lawannya dari Israel, Or Sasson selepas tamat perlawanan.

Tindakan atlet berusia 34 tahun itu ditegur oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) selepas berdepan kekalahan pada pusingan pertama perlawanan Jumaat lalu.

IOC berkata, kelakuan El Shehaby itu adalah bertentangan dengan semangat kesukanan dan persahabatan yang terkandung dalam nilai-nilai Olimpik.

Selain itu, Jawatankuasa Olimpik Mesir turut mengutuk tindakan El Shehaby dan mengambil tindakan untuk menghantarnya pulang.

Ekoran kejadian itu, El Shehaby diejek oleh orang ramai dan dia turut dipanggil semula ke pentas perlawanan untuk tunduk kepada lawannya kerana melanggar peraturan judo.

Sasson turut mendedahkan bahawa jurulatihnya telah memberi peringatan bahawa El Shehaby berkemungkinan tidak akan bersalaman dengannya ketika perlawanan itu.

Difahamkan, Mesir telah menerima tekanan daripada suara-suara konservatif di negara berkenaan sebelum ini untuk menarik diri daripada pertarungan tersebut.- BBC


Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI