DI sebalik kerancakan pembikinan filem sekuel kelapan FAST 8, sebuah akhbar melaporkan berlakunya episod tidak menyenangkan daripada lokasi filem itu.
Memetik laporan New York Post, menyatakan kelakuan Vin Diesel sepanjang pembikinan filem itu telah menjadi punca kepada kemarahan rakan dalam filem itu, Dwayne Johnson (The Rock).
"Vin punya reputasi yang kurang menyenangkan. Dia datang lambat, kerap membuat orang menunggunya, telah banyak kali produksi menunda rekod, dan tidak menghormati orang-orang yang ada di lokasi. Dwayne sudah hilang sabar dengannya," petik laporan itu.
Dalam pada itu, sejumlah kru filem itu, dilaporkan membela Dwayne atas protes kerasnya terhadap Vin Diesel.
Bahkan, menurut laporan Female First, mereka menganggap Vin anti kritik dan kerap memanfaatkan jawatan dalam filem itu, sebagai produser filem.
"Dia (Vin) tak menghiraukan sesiapa, termasuk The Rock," ucap salah seorang daripada kru, ujarnya lagi keadaan itu memperlihatkan sikap The Rock yang dianggap jauh lebih profesional.
Di luar perseteruan itu, Fast and Furious 8 direncanakan akan ditayang pada 14 April 2017.
Selain dibintangi oleh Vin Diesel dan The Rock, filem yang disutradarai F Gary Gray ini juga akan melibatkan bintang-bintang lain seperti Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Chris Bridges, Lucas Black, Kurt Russell, dan Jason Statham.
0 comments:
Catat Ulasan