Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

27 Jun 2016

PENUMPANG PESAWAT SINGAPORE AIRLINES CUAK LIHAT ENJIN DAN SAYAP TERBAKAR


Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) dalam penerbangan ke Milan, terbakar ketika membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden melibatkan pesawat jenis Boeing 777-300ER itu.

SIA dalam satu kenyataan memaklumkan, dalam perjalanan dari Singapura ke Milan apabila amaran minyak enjin memaksa ia berpatah balik.

"Enjin kanan pesawat itu terbakar selepas ia mendarat di Lapangan Terbang Changi kira-kira jam 6.50 pagi," katanya kenyatan tersebut.

"Api telah dipadamkan oleh perkhidmatan kecemasan lapangan terbang dan tiada sebarang kecederaan terhadap kesemua 222 penumpang dan 19 anak kapal.

"Penumpang turun melalui tangga dan dipindahkan ke terminal lapangan terbang dengan bas."


Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI