Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label BURNING AIRPLANES. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BURNING AIRPLANES. Papar semua catatan

30 Oktober 2016

DETIK CEMAS PENUMPANG TERJUN DARI PESAWAT YANG HAMPIR NAK MELETUP!


Sekurang-kurangnya 20 cedera selepas sebuah pesawat milik syarikat penerbangan American Airlines Boeing 767 yang sedang dalam perjalanan ke Miami terbakar ketika cuba untuk berlepas dari lapangan terbang Chicago's O'Hare, Amerika Syarikat pada Jumaat.

Ketika kejadian, pesawat itu sedang membawa 161 penumpang dan sembilan anak kapal, kata pegawai kecemasan.

Ramai yang cedera dikatakan mengalami kesan lebam dan cedera di bahagian kaki. Ia dialami ketika mereka sedang bergegas turun menggunakan tangga lunsur kecemasan. Punca kejadian masih belum dikenal pasti dengan beberapa maklumat awal yang bercanggah.

Persekutuan Pentadbiran Penerbangan Amerika Syarikat (FAA) berkata ia berpunca dari salah sebuah tayar pesawat meletup namun pihak penerbangan mendakwa ia berpunca dari bahagian enjin setelah berlaku kebocoran bahan api. Satu siasatan lanjut sedang dijalankan.

Share:

27 Jun 2016

PENUMPANG PESAWAT SINGAPORE AIRLINES CUAK LIHAT ENJIN DAN SAYAP TERBAKAR


Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) dalam penerbangan ke Milan, terbakar ketika membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden melibatkan pesawat jenis Boeing 777-300ER itu.

SIA dalam satu kenyataan memaklumkan, dalam perjalanan dari Singapura ke Milan apabila amaran minyak enjin memaksa ia berpatah balik.

"Enjin kanan pesawat itu terbakar selepas ia mendarat di Lapangan Terbang Changi kira-kira jam 6.50 pagi," katanya kenyatan tersebut.

"Api telah dipadamkan oleh perkhidmatan kecemasan lapangan terbang dan tiada sebarang kecederaan terhadap kesemua 222 penumpang dan 19 anak kapal.

"Penumpang turun melalui tangga dan dipindahkan ke terminal lapangan terbang dengan bas."


Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI