Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

27 Jun 2016

BESI TERBANG RAGUT NYAWA ANAK


GUA MUSANG : Seorang lelaki maut manakala bapanya terselamat selepas sebatang besi di atas lori terjatuh atas kereta dipandunya di Kilometer 57 Jalan Gua Musang-Lojing, hari ini.

Dalam kejadian 1.15 tengah hari itu mangsa, Mohamad Ameerul Asraf Ab Aziz, 26, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Bapanya, Ab Aziz Zakaria, 61, yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu kereta dalam perjalanan dari Lojing menghala ke Gua Musang.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu mangsa berselisih dengan lori yang dari arah bertentangan sebelum secara tiba-tiba sebatang besi terjatuh di atas cermin hadapan kereta dan mengenai kepala mangsa sehingga tidak sedarkan diri.

"Bapa mangsa sempat memegang dan mengawal stereng kereta sebelum ia diberhentikan di tepi jalan.

"Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala," katanya.

Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat. "Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1957," katanya.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI