Tindakan pantas seorang lelaki berjaya menyelamatkan dua cucu perempuannya di dalam kereta dinaiki sebelum kenderaan itu terbakar di Jalan Salem, Kampung Abdullah, dekat sini, petang, semalam.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, Tey Teong Lai, 64, meninggalkan dua cucu perempuannya yang berusia enam dan empat tahun di dalam Proton Iswara yang diletakkan di parkir tepi lorong sebuah bangunan kedai sementara dia ke sebuah gerai berhampiran untuk membeli makanan.
Menurutnya, baru beberapa langkah dia meninggalkan keretanya, dia terhidu bau plastik terbakar dan sebaik menoleh ke arah kereta, terdapat asap tebal keluar dari bahagian hadapan dalam kenderaan terbabit.
“Saya baru beberapa langkah meninggalkan kereta, apabila terhidu bau plastik terbakar, saya toleh ke kereta dan terkejut apabila asap tebal keluar dari bahagian hadapan dalam kenderaan,” katanya yang tidak mematikan enjin kereta itu.
Dia yang ditemui di lokasi kejadian berkata, dia kemudian berlari semula ke kenderaan dan membuka pintu penumpang hadapan dan membawa cucunya berusia enam tahun keluar.
0 comments:
Catat Ulasan