Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

10 Mei 2016

SAYA SANGKAKAN KIAMAT..


DENGKIL : "Saya fikir kiamat saja ketika itu. Isteri pula berlari dengan anak-anak tanpa sempat pakai kasut masuk ke dalam stesen minyak untuk berlindung," kata Ahmad Fami Samsudin, 36, menceritakan saat cemas dia dan keluarga ketika ribut melanda kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Dengkil, kira-kira jam 6.20 petang, Sabtu lalu.

Menurutnya, walaupun masih petang, keadaan sudah gelap dan ribut kelihatan seperti puting beliung dengan keadaan kelam kabut apabila orang ramai berlari masuk ke dalam stesen minyak.

Dalam rakaman video yang tersebar di laman sosial, kelihatan pengunjung RNR berkenaan ketakutan apabila angin menerbangkan bumbung medan selera menyebabkan ramai yang bertakbir malah ada ada yang melaungkan azan.

Ketika itu, Ahmad Fahmi dan keluarganya berada di stesen minyak berhampiran untuk mengisi minyak dan dia bersama keluarga serta kira-kira 20 lagi berlari masuk ke dalam stesen untuk berlindung selama kira-kira 10 minit sebelum ribut berakhir.

“Suasana tambah cemas apabila siling stesen minyak bocor, malah cermin stesen itu juga pecah. Kanak-kanak pula menangis.

"Selama ini kejadian seperti itu saya hanya tengok dalam filem. Saya tidak sempat mengisi minyak, mengikut isteri yang berlari tanpa sempat memakai kasut membawa dua anak kami," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Fami berkata, deruan angin amat kuat memaksa kakitangan stesen menahan pintu. Isterinya, Nany Hasmaniwaty Ahled, 35, berkata hanya mati terlintas dalam fikirannya dan sempat melaungkan azan untuk menenangkan anak-anaknya.

"Sepanjang jalan menuju stesen saya pelik kerana pokok tumbang dengan tercabut akar. Selepas lima minit suami keluar untuk mengisi minyak, saya pelik kerana ada hujan batu dengan angin kuat. Anak-anak pula menangis panggil ayah... ayah.

"Saya lihat daun dan ranting kayu berterbangan lalu tekad mendukung anak enam tahun, berlari sambil pegang tangan anak sembilan tahun tanpa berkasut masuk ke dalam stesen,” katanya.


Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI