Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

24 Mac 2016

HASHTAG TRENDING #STOPISLAM DI KECAM NITIZEN SELURUH DUNIA?


HASHTAG #StopIslam kini trending di media sosial susulan debat di kalangan netizen di seluruh dunia dengan segelintir pihak yang melibatkan agama dalam serangan ganas Brussels di Belgium.

Hashtag yang dianggap berbau rasis ini dilancarkan beberapa jam selepas insiden letupan di Brussels, semalam.

Hashtag #StopIslam dipercayai dilancarkan oleh pihak yang mengaitkan ajaran Islam dengan peristiwa keganasan yang berlaku seperti di Brussels dan Paris.

Walaupun ia dilancarkan untuk menyebarkan kebencian serta menghasut pihak lain, hashtag #StopIslam itu kini trending di media sosial untuk satu tujuan yang baik.

Hal ini kerana, beribu-ribu netizen di seluruh dunia menyelar tindakan Islamophobia itu serta mempertahankan umat Islam menerusi hashtag tersebut.

Bukan sahaja yang beragama Islam, tetapi pengguna media sosial yang bukan beragama Islam juga mengutuk tindakan rasis itu dan mengatakan, pengganas tidak mengenal agama dan bangsa.

Tambah mereka, tidak ada mana-mana agama yang mengajar pengikutnya untuk melakukan keganasan terhadap orang lain.

“Terrorism has no religion”, itulah kenyataan yang ditujukan oleh netizen.

Malah, mereka turut berkongsi keratan kalimah Al-Quran dan ajaran agama Islam di media sosial bagi mendidik mereka yang membuat tuduhan melulu mengaitkan agama Islam sebagai punca keganasan.

Netizen juga mempersoal kewajaran sesetengah pihak yang boleh menjadikan hashtag #StopIslam sebagai satu trend di media sosial. 


Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI