Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

22 Mac 2016

JUTAAN NYAWA TERKESAN DENGAN FENOMENA GELOMBANG EL NINO


Jutaan nyawa penduduk di kawasan luar bandar di Afrika dan Asia serta kawasan perumahan bandar di Amerika Selatan terjejas akibat cuaca panas melampau yang dikaitkan dengan fenomena El-Nino paling terburuk pada abad ini.

Di beberapa bahagian di dunia, cuaca dilaporkan tidak menentu di mana ada kawasan yang mengalami kemarau berpanjangan manakala sesetengah tempat seperti di ibu negara Paraguay dilanda hujan lebat berterusan hingga menyebabkan penduduk terjejas akibat banjir.

Di India, golongan petani turut terkesan akibat fenomena El-Nino selepas taburan hujan berkurangan di negara itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan fenomena itu telah mengakibatkan 60 juta penduduk berisiko kekurangan zat makanan, peningkatan wabak bawaan air dan nyamuk serta penyakit lain.

Difahamkan, saintis mula melaporkan tanda awal El-Nino pada awal tahun lalu dan menjelang pertengahan 2015, Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) mengumumkan impak perubahan cuaca dunia itu adalah dijangka paling kuat sejak 1997-1998.

Dalam satu kenyataan, saintis kanan di Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan (NOAA), Michael McPhaden memaklumkan corak perubahan cuaca akibat El-Nino sering berulang dan kesannya boleh diramalkan.

"Bagaimanapun, ia masih menguji keupayaan kerajaan dan agensi bantuan untuk bertindak balas dengan situasi itu," katanya.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI