Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

18 Februari 2016

KERANA NAK KURUS KAUM WANITA SANGGUP AMBIL DADAH TERLARANG


Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) hari ini mendedahkan sesetengah wanita percaya dadah dapat menurunkan berat badan dan ini antara sebab jumlah wanita yang mengambil dadah meningkat.
  
Pengarah Bahagian Pencegahan AADK Abdul Rahman Hamid berkata pada tahun 2013, hanya 0.1 peratus daripada kira-kira 20,887 penagih dadah terdiri daripada kaum wanita, namun, angka itu terus meningkat sehingga 2015.
   
"Selepas tahun 2013, peratus penglibatan wanita dilihat meningkat dan kini mencapai sehingga empat peratus sedangkan kita jangka ia sepatutnya menurun kerana pada waktu itu hanya 0.1 peratus," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
   
Beliau ditemui pada majlis pelancaran Jelajah AADK Ekspedisi Membanteras Dadah peringkat negeri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Izhar Abu Talib.
   
Abdul Rahman berkata kajian AADK mendapati faktor kurang peka dengan ketagihan yang bakal dialami menyebabkan golongan wanita lebih cenderung memilih dadah baharu jenis sintetik kerana ia lebih mudah didapati.

"Kita melihat golongan wanita mudah terpengaruh apabila ada yang mengatakan pil ekstasi mampu menjadikan seseorang itu kurus menyebabkan mereka sanggup mengambil dan mengamalkannya," tambahnya.
   
Beliau berkata kaum wanita akan menjadi fokus utama pembendungan gejala dadah tahun ini berikutan peningkatan peratusan itu dilihat mampu memberikan impak besar kepada pembangunan generasi akan datang. 
   
Katanya, pelbagai usaha sedang dijalankan, antaranya pemantapan program kesedaran dalam pendidikan sekolah rendah hingga ke peringkat universiti selain pemantauan bersepadu dalam operasi penguatkuasaan di kawasan tumpuan.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI