Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

19 Ogos 2015

BATMAN MAUT DI LANGGAR KERETA


Seorang lelaki yang terkenal kerana sering memakai kostum Batman untuk menceriakan kanak-kanak yang dirawat di hospital terbunuh dalam kemalangan di lebuh raya di sini, semalam.

Lenny Robinson, 51, dilapor turun dari Lamborghini yang diubahsuai menyerupai Batmobile selepas kenderaan itu rosak di kawasan lebuh raya tidak berlampu untuk memeriksa enjinnya apabila dia dilanggar sebuah kereta lain.

Dia mati di tempat kejadian, lapor akhbar The Washington Post. Robinson, yang menetap di Maryland dan bapa tiga anak, bekerja dalam sektor pembersihan milik abangnya.

Dia menghabiskan masa lapangnya dengan mengunjungi hospital untuk melawat kanak-kanak dan menghulurkan hadiah.

Robinson menjadi terkenal pada 2012 selepas gambar menunjukkan dia ditahan polis ketika mengenakan kostum lengkap Batman dan menggunakan nombor plat kenderaan adiwira itu menjadi viral.

Lenny Robinson dalam kenangan



Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI