Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

21 Ogos 2015

POLIS TANGKAP BURUNG KAKAK TUA YANG SUKA MENCARUT


Polis India menahan seekor burung kakak tua atas kesalahan mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang warga emas.

Janabai Sakharkar, 85, membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas tidak tahan dengan perilaku burung kakak tua bernama Hariyal yang sering mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.

Janabai mendakwa, anak tirinya, Suresh melatih burung kakak tuanya itu untuk mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Memetik laporan The Indendent, polis telah memanggil kedua-dua individu berkenaan termasuk menahan burung kakak tua itu.

"Walau bagaimanapun, semasa sesi soal siasat, burung berkenaan hanya diam dan tidak mengeluarkan sebarang kata-kata seperti yang didakwa wanita berkenaan," katanya.

Menurut polis, hubungan kedua-dua individu terbabit tegang berikutan mempunyai masalah berkaitan harta. Burung berkenaan kini diletakkan di bawah jagaan Jabatan Perhutanan.
Share:

Related Posts:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI