Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

19 Ogos 2015


JAYAPURA : Kementerian Pengangkutan Indonesia, semalam mengesahkan kesemua 54 penumpang pesawat termasuk lima kru pesawat ATR 42-300 milik Trigana Air Service yang terhempas dalam hutan di timur wilayah Papua bersama sejumlah wang yang besar telah ditemui pasukan penyelamat.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (Basarnas), Bambang Soelistyo memberitahu pasukan penyelamat tiba di lokasi nahas itu pada jam 9.30 pagi (waktu tempatan).

"Tiada mangsa ditemui terselamat dalam kejadian itu memandangkan pesawat itu musnah sepenuhnya. Usaha untuk memindahkan mayat penumpang juga sukar dilakukan akibat cuaca buruk," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, anggota penyelamat juga dilaporkan telah menemui kotak hitam beberapa jam selepas mereka melancarkan operasi mencari dan menyelamat (Sar) di lokasi nahas tersebut.

Menurut Menteri Pengangkutan, Julius Arivada Barata, penemuan itu diharap dapat memberi petunjuk terhadap apa yang berlaku dalam insiden tersebut.

Terdahulu, hasil siasatan awal Basarnas mendapati pesawat tersebut mungkin terhempas ke dalam gaung di daerah pergunungan Bintang akibat cuaca buruk.

Difahamkan, pesawat itu turut membawa wang tunai berjumlah 6.5 bilion Rupiah (RM1.9 juta) yang merupakan dana bantuan sosial untuk diagihkan kepada keluarga miskin di Papua. - AFP

Pesawat ATR 42-300 milik Trigana Air Service

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI