Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

10 November 2014

TAK BOGEL MAKA TAK CINTA..

Gambar suspek ugut didedahkan

'Tak bogel maka tak cinta.' Itulah kata-kata perangkap yang akhirnya membuatkan seorang lelaki kini menyesal selepas menjadi mangsa ugutan seorang wanita yang merakamkan gambar bogelnya.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai John Tan, 30, berkata, dia mengenali suspek menerusi laman sosial Facebooknya sebelum mangsa mengajaknya membuat panggilan video menggunakan laman Skype.

Menurutnya, wanita yang menggunakan nama Sabrina Leung itu meminta bayaran RM10,000 dan mengugut akan memuat naik video mangsa ke laman sosial untuk tontonan umum sekiranya gagal membayar wang berkenaan.

Tan berkata, pada mulanya tidak menghiraukan ugutan itu namun terkejut apabila mendapati video aksi bogelnya sudah dimuat naik ke Youtube.

Tan mengaku dia terpedaya disebabkan riak wajah wanita itu yang cantik selain mempunyai tubuh badan menarik.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI