Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

7 November 2014

PAILANG SEKOLAH ANAK YATIM DIHADAPKAN KE MAHKAMAH

Kangar: Lima daripada enam pelajar berusia 13 sehingga 16 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar, di sini, hari ini terhadap tuduhan membelasah seorang pelajar berusia 11 tahun di sebuah asrama anak yatim di daerah ini.

Hanya lima tertuduh hadir dan membuat pengakuan bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norhayati Ibrahim, manakala seorang remaja lain berusia 15 tahun gagal menghadirkan diri.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana secara berkumpulan mendatangkan kecederaan kepada mangsa di asrama anak yatim berkenaan antara jam 1 hingga 2 petang antara 31 Mei hingga 1 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan yang dilakukan Ketua Unit Pendakwaan Negeri Timbalan Pendakwa Raya Badius Zaman Ahmad memohon agar mahkamah menetapkan ikat jamin tertuduh sebanyak RM1,000.

Norhayati kemudian mengarahkan tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM500 seorang sebelum mengeluarkan waran tangkap ke atas pelajar berusia 15 tahun yang tidak hadir ke mahkamah.

Mahkamah menetapkan 24 Disember depan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman, sementara menunggu laporan akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis.


Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI