Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

5 Oktober 2014

PELAJAR KOLEJ MAUT AKIBAT LANGGAR LAMPU MERAH

PETALING JAYA: Gara-gara melanggar lampu isyarat merah, seorang remaja maut apabila dirempuh sebuah kenderaan di Lebuh Raya Bandar Utama di sini, pagi ini.

Dalam kejadian pada jam 4.30 pagi itu, mangsa Chua Yee Jing, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa anggota badan. 
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, sebuah kereta yang datang dari arah kanan tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta mangsa dari arah tepi. 

REMUK TERUK!

Menurutnya, pemandu kereta yang merempuh mangsa dilaporkan dalam keadaaan kritikal dan kini sedang mendapat rawatan Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Perubatan Universiti Malaya.

Katanya, kes disiasat mengikut seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI