Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

2 Oktober 2014

YUSOF HASLAM PERNAH JADI KONDUKTOR BAS SRI JAYA

Menganggap penolakan itu sebagai ada hikmah di sebaliknya, "Yusof Haslam" pantas memfokus terhadap bidang lakonan. Bapanya merupakan seorang pemandu bas dan abang sulungnya yang bekerja sebagai konduktor bas tidak merestui haluan yang dipilih Yusof sehingga Yusof 'dipaksa' untuk turut bekerja sebagai konduktor bas.


"Saya hanya bertahan menjadi konduktor bas selama 10 bulan. Pada tahun 1974, ketika berusia 19 tahun, saya mengikat kontrak dengan Shaw Brothers untuk menjayakan filem warna pertama lakonan saya berjudul Penentuan.

"Saya dibayar gaji RM500 sebulan untuk tempoh tiga tahun. Antara artis lain yang turut mengikat kontrak dengan Shaw Brothers ialah Uji Rashid dan Nozie Nani," bicaranya.

Selepas Shaw Brothers ditutup pada 1978 dengan produksi terakhirnya filem Adik Manja, Yusof mengorak langkah menyertai syarikat filem Jins dan filem pertama lakonannya berjudul Tiada Esok Bagimu.

"Saya dibayar sebanyak RM3,000 ketika itu," beritahunya.

Menurutnya lagi: "Di samping itu, bagi mencari wang tambahan, saya mengikut rakan-rakan pelakon yang juga penyanyi iaitu Hail Amir dan Latif Ibrahim membuat persembahan pentas termasuk di Sabah dan Sarawak."

Kematian bapanya cukup meninggalkan kesan buat Yusof. "Bapa meninggal dunia pada 1979 dan selepas itulah, saya terkenangkan arwah yang pernah berkata kerjaya sebagai pelakon tidak ada masa depan selepas melihat apa yang menimpa (Tan Sri) P. Ramlee berikutan penutupan Shaw Brothers.

"Ia membuka mata saya untuk mencari tapak yang lebih kukuh. Saya menjadi ejen penjual kereta. Di situ, minat bisnes saya selama ini mulai menjadi kenyataan apabila saya membuka kafetaria di Bangunan PKNS, Jalan Raja Laut (yang bertahan selama empat tahun) dan restoran Jalan Pahang yang masih beroperasi sekarang selepas 25 tahun.

"Terus terang saya katakan ketika itulah saya baru berasa nikmat ketenteraman hidup. Ini kerana sebelum itu, ketika berlakon pendapatan saya tidak tetap. Tetapi menerusi bisnes, saya benar-benar rasa pegang duit. Menjelang 1984 apabila RTM membuka ruang untuk drama-drama swasta, saya menubuhkan Skop Production," jelasnya.

Yusof menyambung cerita: "Saya masih ingat, projek pertama syarikat saya adalah menghasilkan lima episod drama. Projek itu bernilai RM300,000, sedangkan saya cuma ada modal ketika itu RM20,000."

Namun, projek itu berjaya direalisasikan berkat bantuan pinjaman di sana sini, khususnya daripada saudara-mara.

"Itu cabaran untuk menghasilkan lima episod drama setahun, tetapi pada hari ini, cabaran saya adalah menghasilkan 150 episod setahun. Justeru, tiada bezanya dahulu dan kini. Saya masih terus bergelut dengan kehidupan ini," akhiri Yusof.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI