Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

30 Oktober 2014

"MALWARE" KERAP GODAM TELEFON PINTAR


Semakin banyak telefon disasarkan penggodam bagi mendapatkan akses kepada akaun bank pengguna, menurut penyelidik keselamatan.

Ia berdasarkan tinjauan pengguna telefon pintar Android yang berdaftar dengan syarikat keselamatan Kaspersky antara Ogos 2013 hingga Julai 2014.

3.4 juta "malware" di kesan pada peranti milik 1 juta pengguna telefon pintar.

59.1 peratus program malware dikesan boleh mencuri data dan duit daripada akaun pengguna.

500,000 pengguna menghadapi malware yang direka untuk mencuri duit dari akaun pengguna sekurang-kurangnya sekali.

JUMLAH MANGSA PALING RAMAI MENGIKUT NEGARA:
RUSSIA
INDIA
KAZAKHSTAN
VIETNAM
UKRAINE
JERMAN

‘Malware’ atau virus mudah alih boleh tersebar menerusi perbuatan menggodam yang dilakukan ‘script kiddies’ atau penggodam amatur secara tidak langsung.

Ini kerana walaupun ‘script kiddies’ dilihat tidak memberi kesan besar kepada jenayah siber berbanding penggodam profesional, namun mereka boleh menjadi ‘ejen’ kepada penyebaran ‘malware’ apabila memuat turun perisian tertentu untuk menggodam secara kecil-kecilan.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (Cybersecurity) Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, golongan itu perlu diberi kesedaran mereka mungkin boleh mengancam keselamatan pengguna Internet di negara ini.

“Kita khuatir golongan ini tidak sedar perbuatan menggodam yang didorong rasa ingin menunjuk-nunjuk sebenarnya menjadi ‘ejen’ kepada penyebaran ‘malware’.

“Bagi mengatasi masalah ini, kami menasihatkan pengguna Internet supaya sekurang-kurangnya mempunyai perisian antivirus dalam peralatan digital digunakan bagi mengelak menjadi mangsa penjenayah siber,” katanya.


Menurutnya, apa yang membimbangkan pihaknya ialah kebanyakan pengguna terutama telefon pintar langsung tidak mempunyai perisian antivirus sekali gus membuka peluang kepada kehadiran ‘malware’.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI