Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

29 Oktober 2014

ANAK TOMOK LEBIH GLAMOUR DARI BAPANYA..

Kehidupan dan kerjayanya berjalan seiring dan segala-galanya sudah cukup sempurna buat Shah Indrawan Ismail atau Tomok, 30.


Hidupnya bahagia di samping isteri tercinta Rahayu Abbas (Ayu) dan anaknya, Arrianshah Akid yang kini berusia tiga tahun.

Pasangan ini dilihat berkongsi kebahagiaan mereka apabila kerap memaparkan wajah Arrian di laman sosial Instagram.

Bagaimanapun, ini bukan bermaksud mereka memberi laluan mudah untuk Arrian melangkah masuk dalam bidang seni yang penuh dengan cabaran.

"Saya sedar gambar Arrian akan menerima 'like' yang banyak daripada peminat. Biasalah budak kecil memang nampak comel. Apabila kami bawa dia keluar berjalan-jalan, pasti ada yang nak bergambar dengannya.

"Arrian memang dikenali ramai, tapi saya tak nak dikatakan ambil kesempatan mencari keuntungan menerusi popularitinya. Dia masih kecil dan tak sesuai untuk dikete­ngahkan dalam bidang ini.

"Memang betul sebelum ini ada tawaran daripada beberapa pihak untuk ambil dia sebagai model, tapi saya menolak kerana mempunyai alasan sendiri. Kami berdua seboleh mungkin tak nak terlalu mendedahkan Arrian kepada bidang hiburan kerana mahu dia membesar seperti kanak-kanak lain.

"Cukuplah kami berkongsi keletah dan perkembangannya di laman sosial dan peminat boleh mengikutinya di sini. Tak perlulah saya nak kete­ngahkan dia secara langsung dalam bidang seni," katanya pada sidang media pelancaran album terbarunya Aku Datang di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kebahagiaan pasangan ini semakin bertambah apabila Tomok memberitahu Ayu kini mengandung lima bulan dan kehadiran anak kedua yang dijangka lahir pada Februari depan, amat dinanti-nantikan oleh mereka.
Berbeza daripada dulu, Tomok juga lebih senang tampil di mana-mana media massa dengan produk nyanyian atau lakonan berbanding publisiti kosong semata-mata.

"Kalau boleh saya memang nak begini. Jika dahulu mungkinlah kerana saya masih dipering­kat mencari tapak dalam seni. Zaman itu dah berlalu dan tak sesuai lagi dengan saya," katanya yang turut aktif dalam lakonan.

Mahu raih anugerah
Terasa masa seakan cepat berlalu. Ketika kemunculannya bersama kumpulan New Boyz pada 1999, Tomok baru belasan tahun. Orangnya juga agak malu-malu.

Sesuai dengan kematangan usia, kini segala-galanya sudah berubah. Meneruskan kerjaya sebagai penyanyi solo, Tomok kini tampil dengan album kedua berjudul Aku Datang yang lebih memberi impak buat peminat setianya.

"Syukur kerana selepas empat tahun album pertama dikeluarkan, saya akhirnya berjaya menghasilkan buah tangan terbaru untuk peminat. Namun, sebelum ini pun jangka hayat album pertama agak panjang apabila lagu-lagu saya masih dimainkan di radio.

"Lagu Aku Datang yang menjadi judul album ini pula dihasilkan pada 2012 dan dimuatkan dalam filem Istanbul Aku Datang. Sekarang barulah dilancarkan secara rasmi dalam album ini.

"Menariknya, saya turut terbabit dalam pemilihan lagu dan ini satu perkembangan baik buat karier saya, Pengisian lagunya lebih matang dan disifatkan terbaik khusus buat peminat," katanya.

Lebih teruja apabila syarikat rakaman Monkey Bone memberikan tanggungjawab penuh kepada Tomok menjadi penerbit albumnya sendiri dan ia satu penghormatan besar terhadapnya.

"Saya balas kepercayaan itu dengan buat sebaik mungkin. Ia bukan perkara mudah dan saya belajar daripada kesilapan sebelum ini. Tak dinafikan single saya dapat perhatian peminat, namun saya belum lagi berjaya meraih pengiktirafan dalam Anugerah Industri Muzik (AIM).

"Setiap mereka yang terbabit dalam industri seni ada cita-cita untuk meraih kejayaan dalam sesuatu pertandingan atau anugerah. Begitu juga de­ngan saya yang masih mengejar impian ini.

"Bagaimanapun, ke­silapan itu bukanlah bermaksud saya menuding jari menyalahkan penerbit sebelum ini. Dari segi 'airplay' lagu-lagu saya memang tiada masalah. Cuma mungkin dari segi teknikal dan susunan vokal agak kurang membuatkan album ini gagal memena­ngi hati juri," katanya yang menitik berat­kan aspek teknikal dan kualiti dalam album ini.

Album Aku Datang mengandungi tujuh lagu iaitu Cinta Tak Pergi, Padam, Aku Datang, Penipu, Maafkan Aku, Cintalah Aku Pula dan Hiasan Di Laman Rindu. Dia turut mencipta empat lagu termasuk lagu Cinta Tak Pergi yang disampaikan secara duet dengan Yana Samsudin.

Bagi mempromosikan album ini, Tomok bersama beberapa penyanyi unda­ngan iaitu Black , RJ, Radhi OAG dan SSK akan me­ngadakan 'Road Tour Aku Datang di beberapa lokasi terpilih antaranya Melaka pada 9 November , Hard Rock Cafe KL (16 November), Kota Kinabalu, Sabah (18 November), Labuan, Sabah (20 November) dan Kuching, Sarawak (24 November).

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI