Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

28 Oktober 2014

SCHA & AWAL AMBIL BERKAT 1 MUHARAM BUAT LARA ALANA

Sempena meraikan kedatangan Tahun Baru 1436 Hijrah, pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Al Yahya mengadakan majlis akikah untuk puteri sulung mereka, Lara Alana yang kini berusia tiga bulan.

Majlis meriah itu berlangsung di Rooftop, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, di sini pada Ahad lalu dihadiri saudara-mara terdekat serta rakan artis.Ketiga-tiga beranak tampil cantik mengenakan busana serba putih.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 33, berkata, majlis itu diadakan sebagai tanda kesyukuran terhadap kelahiran Lara.

"Kami memilih tanggal 1 Muharam kerana ingin mengambil berkat kedatangan detik bersejarah ini dengan harapan dianugerahkan kemakmuran yang berpanjangan, insya-Allah," katanya.

Buka akaun Instagram Lara
Biarpun Lara masih kecil, pasangan itu membuka akaun laman sosial Instagram lara.alana untuk berkongsi gambar perkembangan anak mereka bersama peminat.

"Sebenarnya akaun itu sudah dicipta sebelum anak lahir, tetapi ia diprivasikan bagi mengelak komen negatif. Hanya sekarang kami membuka akaun itu untuk umum. Kami ingin berkongsi perjalanan hidup Lara bermula dari isteri mengandung sehingga anak membesar," katanya.

Menurut pengacara program Melodi itu, akaun anaknya juga sudah mempunyai pengikut mencecah 120,000 orang setakat ini.

"Saya seronok apabila mengetahui ada orang di luar ingin mengikuti perkembangan Lara," katanya.
Sementara itu, berkongsi perkembangan terbaru anaknya, Scha berkata anaknya sudah pandai pusing badan dan ketawa.

"Dia juga banyak bercakap dan saya sangat bangga dengan perkembangannya. Bayi cepat membesar jadi saya mahu menikmati setiap saat bersama anak. Kelahiran Lara adalah pengalaman terindah yang pernah terjadi dalam hidup saya dan ingin mencurahkan sepenuh kasih sayang kepadanya," katanya.

Lara dilahirkan pada 22 Julai lalu di Pusat Perubatan Prince Court.

GAMBAR-GAMBAR KETIKA MAJLIS









Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI