Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

29 Mei 2014

BINTANG PIALA DUNIA JERMAN TERBABIT KEMALANGAN


Dua pemain daripada skuad Piala Dunia Jerman terbabit dalam kemalangan kereta semasa acara yang dianjurkan oleh Mercedes di Itali Utara.
Pertahanan Benedikt Hoewedes dan rakan sepasukannya daripada Schalke, Julian Draxler menumpang dalam dua kereta berbeza yang dipandu oleh pemandu profesional Pascal Wehrlein dan pemandu Formula Satu Mercedes, Nico Rosberg di litar tertutup acara Mercedes semasa kejadian tersebut berlaku.

Kereta yang dipandu Wehrlein melanggar dua orang lelaki berhampiran kem latihan pasukan kebangsaan Jerman di Itali.

Menurut laporan media Jerman, salah satu daripada mangsa yang tercedera merupakan seorang pelancong Jerman dan seorang lagi merupakan marsyal litar. Kedua-dua lelaki tersebut dibawa ke hospital.

Walaubagaimanapun para pemandu dan kedua-dua bintang bolasepak tersebut tidak tercedera dalam kemalangan itu, dan Hoewedes bersama Draxler telah kembali berlatih dengan pasukan Jerman sebagai persediaan untuk saingan Piala Dunia di Brazil bulan depan.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI