Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

28 Mei 2014

FILEM DI ADAPTASI DARIPADA NOVEL JEPUN - Edge of Tomorrow


Imaginasi manusia memang tidak pernah berhenti untuk singgah dalam alam maya yang takkan jadi realiti sekalipun. Apalagi jika menyebut pasal kematian, yang pergi tidak mungkin akan bangkit semula.

Tapi andai saja kelebihan itu dianugerahkan buat seseorang, sejauh manakah individu itu akan menggunakan peluang mati hidup semula untuk memperbaiki dunia? Apa pula persediaan menghadapi ancaman yang pernah dilalui tapi harus diulang semula?

Tidak serumit manapun dan menampilkan tema ringan, filem Edge of Tomorrow dibintangi aktor handalan Tom Cruise bergandingan dengan Emily Blunt memaparkan mesej yang jelas namun penuh aksi mendebarkan.

Bukan sesuatu yang baru buat Cruise apabila puluhan filemnya sebelum ini sememangnya berkisar sains fiksyen. Namun, menerusi karya adaptasi novel dari Jepun berjudul Hiroshi Sakurazaka (All You Need Is Kill) arahan Doug Liman, karakternya lebih naif.

Harus diakui, filem ini memang menuntut penonton untuk berfantasi sama apalagi jika menontonnya dalam mode tiga dimensi (3D). Umpama satu permainan video, perasaan membuak itu pasti wujud mahu turut serta berada di situasi karakter Cruise sebagai William Cage.

Di dunia yang semakin diancam kemusnahan berikutan berlaku peperangan antara negara, Cage tersedar dirinya perlu menjadi sebahagian daripada itu.

Dirinya terperangkap selepas dituduh hilang akal sebelum dicampak ke medan perang yang belum pernah dilaluinya.

Dari sana, dia perlu belajar dan mengaut setiap kejadian untuk dijadikan panduan dalam pertarungan seterusnya.

Setiap kali terkandas dan mati, dia akan hidup semula serta perlu bermula dari awal untuk menghabiskan misinya untuk menghapuskan ancaman makhluk asing yang sukar ditandingi kuasanya tanpa mengenal apa tujuan sebenar dia dan rakan lain bermati-matian berperang.

Bagaimanapun, Cage mula nampak gambaran sebenar dirinya yang dijadikan senjata kerajaan dalam menentang ancaman musuh selepas bertemu Rita Vrataski (Emily Blunt). Dia melihat Vrataski adalah kesempatan terbaik buatnya menyudahkan misi berkenaan.

Sedangkan, wanita berkenaan terlebih dulu mengenal permainan itu namun menyimpan rahsia yang akhirnya dibongkar sendiri Cage. Tersedar dan mendengar sendiri penjelasan Vrataski apa sebabnya mereka diletakkan di medan itu, Cage mula merancang caranya sendiri bagi menyudahkan misi itu.

Tiada lain caranya, setiap kali tersilap langkah, dia perlu mati serta hidup semula untuk mengulangi perjuangan itu. Perlahan-lahan dia mendapat rentak dan bukan saja makin mahir serta mengetahui kelemahan makhluk asing ditentangnya namun apa yang ditemuinya sesuatu di luar jangkaan.

Jika diteliti dengan mendalam filem ini, ada mesej tersembunyi yang cuba disampaikan namun dalam penceritaan lebih menarik. Apapun, kecanggihan teknologi dan konsep cerita hidup, mati serta bermula semula itu nyata sudah cukup menghidupkan Edge of Tomorrow. 

Berbicara mengenai karakter Cruise sendiri yang mana agak memeranjatkan juga dia setuju menerima watak itu. Bagaimanapun, menerusi karakter sebagai lelaki yang tidak tahu menahu berperang dan hanya terpaksa melakukannya, jelas sisi lain aktor terbabit sendiri ditunjukkan.

Seperti juga matlamat asal pengarahnya Liman, dia mahu melihat apa lagi mampu ditunjukkan Cruise dalam Cage apabila filem itu sendiri sudah memiliki konsep cukup menarik.

Ternyata, meletakkan aktor terbabit sebagai peneraju, Liman puas apabila transisi watak Cage dilunaskan dengan cemerlang. 

Watak itu sendiri yang membuatnya bersemangat mengarahkan filem itu selain maksud tersirat serta elemen kelakar dalam karya terbabit.

Begitupun, persembahan Blunt juga semestinya harus mendapat pujian. Cukup bersatu dengan karakter sebagai Rita, berlainan dengan wataknya sebelum ini menerusi filem The Devil Wears Prada mahupun The Adjustment Bureau, dia tampil sebagai wanita tanpa perasaan dan berjaya.

Mungkin itu jugalah antara kelebihan filem terbabit apabila babak romantik bukan menjadi fokus utama sebaliknya perhubungan serta kepercayaan yang terjalin antara Rita bersama Cage.

Mengetahui dirinya tidak ditakdirkan untuk menjadi penyelesai kepada misi yang cukup rumit itu, Cage menjadi satu-satunya pergantungan. Tidak ba–nyak permainan emosi, bagaimanapun hubungan antara mereka menjadi istimewa kerana berkongsi perjuangan sama.

Melakukan penggambaran di sekitar Eropah di mana untuk kem tentera, lapangan terbang paling sibuk di dunia Heathrow, London bertukar sepenuhnya seperti kem sebenar. Kemuncaknya pula mengambil tempat di kota paling popular Paris di Perancis.

Turut membintangi filem berdurasi hampir dua jam itu termasuklah Bill Paxton, Charlotte Riley dan Jonas Armstrong yang bakal memasuki panggung esok.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI