Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

22 Mei 2014

BENARKAH IZREEN AZMINDA DICERAIKAN DI LOKASI PENGGAMBARAN??


PANAS DAN HANGAT KETIKA INI KISAH SEORANG PELAKON TERKENAL IAITU IZREEN AZMINDA TELAH BERGADUH DENGAN SUAMINYA DI LOKASI PENGGAMBARAN DAN MENGAKIBATKAN PENCERAIAN PADA KETIKA ITU.ADAKAH BERITA INI SAHIH ATAU HANYA SEKADAR GOSIP??


"Saya Belum Ceraikan Izreen Azminda" - Suami

PETALING JAYA: Suami kepada pelakon Izreen Azminda, 29, iaitu Muhamad Riza Baharuddin, terkejut apabila dikatakan telah melafaz cerai terhadap isterinya di set penggambaran semasa berlakunya pertengkaran.

Muhamad Riza, 31, yang juga jurukamera bebas berkata, dia baharu sahaja memfailkan permohonan cerai di mahkamah rendah syariah Kuala Lumpur pada 14 Mei lalu dan masih menuggu tarikh untuk dipanggil oleh pihak mahkamah.

"Kami belum lagi bercerai dan saya belum melafazkan talak kepada dia (Izreen). Kami baru sahaja failkan perceraian pada Rabu minggu lalu dan masih menunggu tarikh (perbicaraan) lagi.

"Saya akui rumah tangga kami bermasalah dan kami sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan yang lalu, namun kami belum bercerai secara sah lagi," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Rabu.

Izreen bersama anaknya Adrian Umar.


Muhammad Riza diminta mengulas laporan sebuah akhbar pada Rabu kononnya dia telah melafazkan cerai terhadap Izreen Azminda yang dilakukan di lokasi penggambaran sebuah drama di Pulau Pinang.

Laporan yang memetik kenyataan daripada sumber itu menyebut, perceraian berkenaan berlaku pada 16 Mei lalu di set penggambaran ketika terjadinya pertengkaran antara kedua-dua pihak.


Izreen atau nama sebenar Izreen Azminda Aznam bergelar isteri kepada Muhammad Riza pada 31 Ogos 2012.

Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Adrian Umar yang kini berumur 10 bulan.

Dalam pada itu, Muhammad Riza menjelaskan tindakannya bertemu Izreen di lokasi penggambaran di Pulau Pinang itu dengan tujuan untuk menghantar anak mereka bagi melepaskan rindu.

Dia juga mengambil kesempatan itu untuk berbincang tentang perceraian dan hak penjagaan anak mereka selepas bercerai nanti.

"Saya jumpa dia kerana ingin temukan Adrian kerana sudah lama tidak bertemu dan kesempatan itu juga saya ambil untuk berbincang tentang perceraian kami.

"Saya kesal apabila pertemuan tersebut disalah tafsir oleh pihak tertentu yang tidak bertanya dahulu kepada kami perkara sebenar," ujarnya.

Dia juga terkilan dengan laporan berita perceraian tersebut yang dianggap menjatuhkan maruahnya sebagai seorang lelaki.

Tambahnya, apabila berita tersebut tersebar ramai pihak menghubunginya untuk bertanyakan hal sebenar selain menuduhnya sebagai suami yang tidak waras.

"Berita itu sangat teruk sehingga mengambarkan saya sebagai seorang lelaki yang tidak waras kerana dengan melafazkan cerai di tempat yang tidak sepatutnya.

"Saya ambil dia sebagai isteri dengan cara baik dan saya akan lepaskan dia juga dengan cara baik bukan seperti yang ditulis itu. Laporan itu tidak benar sama sekali," ujarnya.

P/S
SAMA-SAMALAH KITA DOAKAN YANG TERBAIK BUAT MEREKA...
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI