Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

2 April 2014

Harry Potter makin dewasa..

Gelaran Harry Potter memang tidak akan luput daripada pelakon British ini berikutan betapa hidupnya karakter itu dibawakan Daniel Radcliffe, 24, sekali gus membuatkan ia diingati sampai bila-bila.

Bagaimanapun, lebih kepada cerita kebudak-budakan dan belum terlihat sebesar mana bakat lakonannya menerusi filem sekuel paling diminati berkenaan ternyata Radcliffe menjanjikan lebih daripada itu.

Transisi lakonannya semakin berkembang terutama pembawaan karakter apabila turut berjaya menghidupkan wataknya menerusi filem lain seperti The Woman in Black dan Killing Your Darlings tahun lalu.

Menuju kedewasaan, makin menyerlah kebolehannya yang jelas sangat fleksibel dan mampu melakukan apa saja watak diberi padanya.

RADCLIFFE teringin bintangi filem muzikal.

Bukan terbatas di lapangan filem saja, aktor kelahiran London itu mula berjinak-jinak pula dengan sisi lakonan berunsur muzikal yang mana dia akui sangat menarik.

Bahkan, sudah begitu lama pun dia mengimpikan untuk berlakon filem muzikal yang besar dan setakat ini pernah terbabit banyak pementasan Broadway di London.

“Berlakon filem muzik yang gah memang sudah lama menjadi impian saya. Apalagi memikirkan sekiranya filem itu mampu dilunaskan dengan sempurna pasti menambahkan lagi rasa teruja saya,” katanya.

Meskipun kini sudah berpang–kalan di New York, Amerika Syarikat (AS), dia turut melebarkan sayap untuk menjayakan pementasan Broadway di sana pula ­sekali-sekala.

“Sehingga sekarang saya sudah pun menjayakan dua persembahan di New York dan sememangnya sangat suka bekerja serta tinggal di kota itu.

“Cukup sesuai, itu situasi saya idamkan selama ini di mana berpeluang untuk meluangkan masa sambil melakukan kerja yang sangat saya cintai di kota sebegitu,” katanya.

Radcliffe juga kini dalam proses untuk kembali ke pentas Broadway di London pula untuk menjayakan pementasan The Cripple Of Inishmaan hasil karya Martin McDonagh.


Tak suka berambut panjang 

Turut menarik perhatian baru-baru ini aktor berkenaan juga nampaknya tampil dengan imej baru berambut panjang ketika penggambaran filem terbarunya Frankenstein di Greenwich, London.

Pelik dan memang bercanggah dengan imej bersihnya berambut pendek selama ini, rupanya Radcliffe juga mengakui tidak menyukai penampilan baru itu atas sebab tertentu.

Menurutnya, dia pun tidak faham kenapa ramai yang sanggup menyimpan rambut panjang sedangkan bagi–nya cukup menyeksa.

“Saya tak kisah pun kalau kelihatan hodoh berambut panjang sebaliknya lebih kisah bagaimana hendak me­nguruskan rambut sebegitu. Merugikan masa saja di mana proses mengering–kannya pun sudah me–ngambil masa lama.

“Rasa simpati pula dengan golongan wanita dan yang pasti saya memang tidak akan menyimpan rambut panjang kalau bukan atas dasar lakonan,” katanya.

Menerusi filem terbitan semula itu, Radcliffe bakal bergandingan dengan aktor James McAvoy dan aktres Jessica Brown yang diadaptasi daripada novel asal tulisan Mary Shellev.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI