Selepas spekulasi berbulan-bulan, impian menjadi realiti bagi Kim Kardashian dan Kanye West apabila muncul sebagai penghias muka depan majalah fesyen tersohor Vogue.
Kim anggun dengan gaun Lanvin berwarna putih menyerupai gaun perkahwinannya dengan Kanye yang berlangsung Mei depan di Paris, Perancis.
Seperti mimpi menjadi kenyataan, Kim turut mendedikasi ucapan terima kasih kepada majalah Vogue menerusi akaun Twitter.
Menariknya mengenai isu muka depan Vogue kali ini khabarnya mengundang kontroversi kerana pemilihan Kim dan Kanye yang dikatakan melanggar tradisi majalah berkenaan yang dikhususkan untuk model tersohor saja, bagaimanapun dari satu sudut pandangan lain ramai yang menyukai kelainan cuba dipaparkan majalah berkenaan.
KEMESRAAN tiga beranak untuk tatapan pembaca.
Apatah lagi, di sebalik tabir menyaksikan anak mereka North West buat pertama kalinya di majalah selain foto eksklusif dan menarik itu diabadikan oleh jurugambar terkenal, Annie Leibovitz.
Selain itu, ramai memuji penataan gaya yang dilakukan ‘stylist’ terkenal Rachel Zoe kepada pasangan bakal pengantin yang menunjukkan penyatuan perkahwinan budaya hip hop dan fesyen sepenuhnya.
Dalam pada itu, supermodel, Naomi Campbell mempunyai pandangan sebaliknya dan mengambil langkah untuk tidak mengkritik editor Vogue, Anna Wintour.
Baginya, percubaan menggunakan wajah selebriti sebagai penghias muka depan Vogue yang sebelum ini dikhususkan untuk golongan supermodel adalah satu keberanian bagi dunia fesyen.
“Saya sudah bekerja selama 28 tahun dan apabila anda menjadi penghias muka depan Vogue ia ternyata membantu anda membina kerjaya. Ia adalah batu loncatan bagi mereka untuk mencapai cita-cita dalam bidang fesyen.
“Namun untuk mempersoalkan tindakan Wintour meletakkan pasangan Kimye (Kim dan Kanye) sebagai penghias muka depan Vogue, saya fikir siapa yang berani mempersoalkan Wintour?,” katanya.
Vogue keluaran April memberi gambaran pembaca mengenai Kim, Kanye dan North West berhubung gaya hidup mereka serta memberi kesimpulan bahawa keluarga ini hidup dengan seni, fesyen dan keluarga.
Kim dan Kanye turut menceritakan mengenai rancangan perkahwinan serta bagaimana mereka menghabiskan waktu bersama sebagai keluarga serta cinta mereka terhadap muzik, fesyen dan sudah tentu mengenai kehidupan bahagia mereka bersama anak perempuan mereka North.
0 comments:
Catat Ulasan