Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

27 Mac 2014

Zombi Kilang Biskut raih RM530,000


Dalam suasana negara sedang bersedih, pengarah Mamat Khalid berpuas hati apabila filem terbarunya, Zombi Kilang Biskut meraih kutipan sebanyak RM530,000 selepas tiga hari ditayangkan.

Menyedari keadaan sekarang, Mamat sendiri turut tidak membuat promosi besar-besaran sebagai menghormati insiden yang melanda negara. 

“Sekarang adalah masanya untuk kita semua menghormati tragedi pesawat MH370 yang menjadi sejarah sedih buat Malaysia. Sebagai rakyat negara ini, apa yang berlaku sekarang sangat memilukan hati. 

“Namun disebab­kan tayangan filem saya ini berjadual, ia masih diteruskan di pawagam. Saya sendiri tidak menyangka semua ini akan berlaku dan mesti reda dan bersabar.

“Mengenai kutipan Zombi Kilang Biskut, saya baru dimaklumkan bahawa selepas tiga hari tayangan di pawagam iaitu sejak 20 Mac lalu, ia meraih kutipan sebanyak RM530,000. Saya jumlah sudah meningkat ketika ini.


“Sebenarnya sekarang saya pun sedang sibuk melakukan kerja-kerja suntingan filem baru di studio, jadi soal kutipan filem ini biarlah Tuhan yang tentukan dan berapa saja yang diraih, saya akan bersyukur,” katanya. 

Katanya lagi, semua promosi dibatalkan pada saat-saat akhir bagi menghormati kesedihan yang dirasai seluruh rakyat Malaysia ketika ini dan kalau diikutkan hati, Mamat juga tidak mahu filem Zombi Kilang Biskut itu ditayang­kan. 

Namun seperti yang dikatakan, keputusan tayangan sudah pun ditetapkan oleh pihak wajib tayang dan dia mematuhinya. 

Menurut Mamat, dia yakin penonton dan orang ramai memahami dan dapat menerima tindakannya untuk membatalkan segala urusan promosi untuk filem Zombi Kilang Biskut buat masa ini. Katanya, apapun dia gembira dengan sambutan positif yang tetap diterima. 

Kata anak jati Perak ini lagi, sebagai penggiat seni memang menjadi sasarannya adalah untuk memastikan setiap filem yang dihasilkan mampu meraih kutipan ‘box-office’ namun dugaan yang melanda memang tidak dapat dijang­kakan. 

Menelan bajet pembikinan sebanyak RM1.7 juta dan diterbitkan produksi milik beliau Mamat sendiri iaitu Enjit Semut Sdn Bhd, Zombi Kilang Biskut diterajui pelakon seperti Awie, Usop Wilcha, Shuk SYJ, Eina Azman, Delimawati, Sofi Jikan dan Dayana Anak Wayang. 

Filem ini mengisahkan Usin lakonan Awie yang pulang ke Kampung Pisang untuk bekerja sebagai juruteknik di kilang biskut selepas dia gagal dalam perniagaannya. 

Di kilang itu, Usin bertemu dengan Dr Sofi (Soffi Jikan) dan ia membuatkan Usin cuba merungkai misteri yang berlaku di sana. 

Gara-gara termakan biskut eksperimen dihasilkan Dr Sofi, ramai pekerja kilang bertukar menjadi zombi. Ia mencetuskan huru-hara. 

Justeru, Usin bersama Usop, Sofea, Wahab B dan Pian berusaha mencari jalan untuk terus hidup dengan menentang zombi yang berkeliaran di kampung itu. 

Pada masa sama, kehadiran seorang gadis Kamariah ke Kampung Pisang turut menimbulkan persoalan kerana beberapa penduduk dijumpai. Kamariah sebenarnya mahu membalas dendam dan penonton akan dapat mengetahui siapakah Kamariah selepas menonton filem yang cukup menarik ini.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI