Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label VIETNAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label VIETNAM. Papar semua catatan

4 Januari 2017

BERBELAS TAHUN TAK TAHU ADA GUNTING DALAM PERUT


Seorang lelaki Vietnam selama ini tidak menyedari hidup dengan gunting yang tertinggal di dalam perutnya ketika satu pembedahan 18 tahun lalu sebelum akhirnya dikeluarkan, baru-baru ini.

Ma Van Nhat, 54, menjalani pembedahan pada 1998 selepas satu kemalangan kereta namun hanya baru-baru ini menyedari ada ‘hadiah’ tertinggal di dalam perutnya ketika prosedur berkenaan.

Gunting berukuran 15 sentimeter itu ditemui berhampiran usus besarnya selepas melakukan ujian ultrabunyi.

Sehubungan itu, Ma menjalani pembedahan selama tiga jam hujung minggu lalu untuk mengeluarkan gunting berkenaan, kata ketua hal ehwal awam Hospital Gang Thep Thai Nguyen, Ngo Trung Thang.
Share:

29 November 2014

ULAR MANGAMUK MASUK KAMPUNG


Penduduk di tiga wilayah di Vietnam kini hidup ketakutan kerana berdepan dengan ‘serangan’ ular berbisa yang dipercayai menyerang orang ramai setiap hari.

Insiden berkenaan dikaitkan dengan kesan penerokaan hutan, pencerobohan habitat dan kesan perubahan iklim, ular bisa itu kini menjadi mimpi ngeri kepada penduduk Quang Ngai, Quang Nam dan Da Nang.

Media tempatan semalam melaporkan, berpuluh-puluh penduduk setempat dikejarkan ke hospital setiap hari akibat dipatuk ular kapak.

Sejak awal bulan ini, di Hospital Besar Quang Ngai saja kakitangan di situ dilaporkan merawat satu atau dua mangsa setiap hari.

Di Quang Nam pula lapan mangsa dilaporkan dipatuk ular berbisa dan empat kes lagi dari pinggir bandar Da Nang.

Kebanyakan mereka digigit ketika bekerja di ladang, di taman dan kawasan hutan.

Timbalan Pengarah Taman Ular Dong Tam di wilayah Tien Giang, Vu Ngoc Luong memberitahu Viet Nam News, habitat reptilia itu diceroboh kerana aktiviti penerokaan dan pertanian.

Taman berkenaan yang turut berfungsi sebagai pusat rawatan akibat patukan ular merekodkan kira-kira 1,400 kes sepanjang tahun ini saja.

Beberapa ahli biologi dan pakar percaya, perubahan iklim memberi kesan kepada persekitaran habitat haiwan berbisa itu dan menyebabkan reptilia berkenaan cepat membiak.

Pensyarah biologi, Nguyen Thi Hoa berkata, kesan daripada kemusnahan hutan pula menyebabkan ular sukar memperoleh makanan.

“Biasanya ular kapak tidak menyerang orang.

“Ia hanya mengganas jika disentuh atau berasa terancam,” katanya.

Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI