Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label KING COBRA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KING COBRA. Papar semua catatan

30 Mac 2015

SURI RUMAH TERKEJUT DIHENDAP TEDUNG SELAR


Segamat: Seorang wanita terkejut apabila mendapati seekor ular tedung selar sepanjang tiga meter berada di kawasan rumah ibunya di Jalan Tahang Rimau, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Sabrina Asraf, 31, membasuh pinggan di dapur sebelum menjenguk ke luar tingkap selepas berasa pelik ketika terdengar bunyi bising haiwan peliharaan ibunya.

“Saya pelik apabila kucing dan ayam tidak berhenti berbunyi lalu memandang melalui tingkap sebelum melihat ular tedung selar yang sangat besar sedang berdiri setinggi kira-kira 1.5 meter.

“Saya terus menghubungi saudara terdekat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk bantuan sambil menutup tingkap dan pintu bimbang ia masuk ke dalam rumah,” katanya.

Suri rumah yang menetap di Kuala Lumpur itu berkata, dia bersyukur kerana anak-anaknya belum keluar bermain di laman rumah seperti kebiasaan.

Dia yang pulang pada hujung minggu ke rumah ibunya, berkata halaman rumah ibunya memang pernah didatangi ular sawa sebelum ini.

“Sudah beberapa kali rumah ini didatangi ular dan saya selalu berpesan kepada ibu supaya sentiasa menutup tingkap dan pintu kerana bimbang haiwan itu masuk ke dalam rumah,” katanya.

Ketua JPAM Daerah Segamat Nur Jazlan Jamaluddin berkata, pihaknya menghantar empat anggota ke tempat kejadian dan menangkap ular tedung selar yang dianggar seberat lebih 40 kilogram itu.

“Kami mengambil masa 25 minit untuk menangkap reptilia berkenaan dan akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Segamat,” katanya.

Share:

29 November 2014

ULAR MANGAMUK MASUK KAMPUNG


Penduduk di tiga wilayah di Vietnam kini hidup ketakutan kerana berdepan dengan ‘serangan’ ular berbisa yang dipercayai menyerang orang ramai setiap hari.

Insiden berkenaan dikaitkan dengan kesan penerokaan hutan, pencerobohan habitat dan kesan perubahan iklim, ular bisa itu kini menjadi mimpi ngeri kepada penduduk Quang Ngai, Quang Nam dan Da Nang.

Media tempatan semalam melaporkan, berpuluh-puluh penduduk setempat dikejarkan ke hospital setiap hari akibat dipatuk ular kapak.

Sejak awal bulan ini, di Hospital Besar Quang Ngai saja kakitangan di situ dilaporkan merawat satu atau dua mangsa setiap hari.

Di Quang Nam pula lapan mangsa dilaporkan dipatuk ular berbisa dan empat kes lagi dari pinggir bandar Da Nang.

Kebanyakan mereka digigit ketika bekerja di ladang, di taman dan kawasan hutan.

Timbalan Pengarah Taman Ular Dong Tam di wilayah Tien Giang, Vu Ngoc Luong memberitahu Viet Nam News, habitat reptilia itu diceroboh kerana aktiviti penerokaan dan pertanian.

Taman berkenaan yang turut berfungsi sebagai pusat rawatan akibat patukan ular merekodkan kira-kira 1,400 kes sepanjang tahun ini saja.

Beberapa ahli biologi dan pakar percaya, perubahan iklim memberi kesan kepada persekitaran habitat haiwan berbisa itu dan menyebabkan reptilia berkenaan cepat membiak.

Pensyarah biologi, Nguyen Thi Hoa berkata, kesan daripada kemusnahan hutan pula menyebabkan ular sukar memperoleh makanan.

“Biasanya ular kapak tidak menyerang orang.

“Ia hanya mengganas jika disentuh atau berasa terancam,” katanya.

Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI