Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label TUDUNG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TUDUNG. Papar semua catatan

1 Mac 2017

APA NAK JADI LAA..


TERENGGANU : Seorang lelaki warga asing dicekup berkhalwat bersama dua gadis tempatan yang mengaku pasangan les bian dalam serbuan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sebuah rumah di Jalan Kemajuan, di sini, semalam.

Dalam serbuan jam 12.50 tengah malam itu, lelaki berusia 21 tahun dan bekerja sebagai tukang cuci kereta mendakwa baru tiga hari menumpang di rumah sewa milik dua gadis tempatan berusia 18 dan 20 tahun.

Pesuruhjaya JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan penguat kuasa syariah daerah hasil maklumat awam kehadiran lelaki terbabit di rumah sewa pasangan berkenaan.

Beliau berkata, hasil siasatan, lelaki terbabit memaklumkan baru mengenali dua gadis terbabit melalui rakannya dan menginap di rumah berkenaan sementara menunggu mendapat kerja baru.

“Ketika disoal siasat, dua gadis terbabit mengaku mereka pasangan lesbian,” katanya.
Share:

28 Oktober 2015

SIAPA DIA SI GADIS CANTIK MENAWAN INI?


KUALA LUMPUR: Untuk tampil cantik menawan, satu elemen paling penting adalah merasa yakin dengan kelebihan yang dimiliki.

Mungkin itu kesimpulan kisah gadis cantik yang tiba-tiba menjadi tumpuan pengguna media sosial sejak minggu lalu.

Dikenali sebagai Fara Juliana, remaja berusia 16 tahun ini menjadi perhatian netizen apabila gambarnya yang diambil tiga tahun lalu dibandingkan dengan penampilannya hari ini oleh sebuah portal hiburan.

Laman Instagram Easy Peasy Scarf, dalam satu status yang dimuat naik menjelaskan Fara yang juga model selendang jenama tersebut, hakikatnya adalah seorang gadis biasa.


Suatu ketika dahulu, Fara aktif dalam kegiatan sukan yang membuatkan kulitnya bertukar gelap namun perubahan mula nampak ketara selepas dia meninggalkan bidang itu. Status itu turut menafikan Fara ada mengambil makanan tambahan seperti kolagen.

Gambar yang diambil untuk promosi dan sebaran jenama Easy Peasy Scarf pula sedikit sebanyak telah dibantu dengan suntingan Photoshop, yang merupakan perkara biasa bagi mana-mana promosi produk fesyen dan kecantikan.

Status itu juga menyebut gadis muda bukan sahaja perlu tampil cantik, tetapi lebih penting mereka juga perlu mempunyai pendidikan dan kebijaksanaan.


Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI