Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label MODEL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MODEL. Papar semua catatan

28 Oktober 2015

SIAPA DIA SI GADIS CANTIK MENAWAN INI?


KUALA LUMPUR: Untuk tampil cantik menawan, satu elemen paling penting adalah merasa yakin dengan kelebihan yang dimiliki.

Mungkin itu kesimpulan kisah gadis cantik yang tiba-tiba menjadi tumpuan pengguna media sosial sejak minggu lalu.

Dikenali sebagai Fara Juliana, remaja berusia 16 tahun ini menjadi perhatian netizen apabila gambarnya yang diambil tiga tahun lalu dibandingkan dengan penampilannya hari ini oleh sebuah portal hiburan.

Laman Instagram Easy Peasy Scarf, dalam satu status yang dimuat naik menjelaskan Fara yang juga model selendang jenama tersebut, hakikatnya adalah seorang gadis biasa.


Suatu ketika dahulu, Fara aktif dalam kegiatan sukan yang membuatkan kulitnya bertukar gelap namun perubahan mula nampak ketara selepas dia meninggalkan bidang itu. Status itu turut menafikan Fara ada mengambil makanan tambahan seperti kolagen.

Gambar yang diambil untuk promosi dan sebaran jenama Easy Peasy Scarf pula sedikit sebanyak telah dibantu dengan suntingan Photoshop, yang merupakan perkara biasa bagi mana-mana promosi produk fesyen dan kecantikan.

Status itu juga menyebut gadis muda bukan sahaja perlu tampil cantik, tetapi lebih penting mereka juga perlu mempunyai pendidikan dan kebijaksanaan.


Share:

23 Januari 2015

JURUFOTO TERLAMPAU


Singapura: Seorang jurugambar miang akhirnya bertemu buku dengan ruas apabila keghairahannya merakam imej seksi model Singapore Motorshow 2015 dibongkar oleh model itu sendiri.

Menggunakan rangkaian media sosial, Miki Ace berkata, insiden itu berlaku ketika dia bertugas sebagai model kereta di pameran berkenaan.

Katanya, dia melihat jurugambar terbabit bukan mengambil gambar seperti sepatutnya, malah menumpukan lensa kamera ke bahagian dada dan pahanya.“Saya dapat merampas kameranya untuk melihat gambar yang diambil.

“Saya sangat terkejut kerana dia mengambil gambar dada dan seluar dalam setiap model yang ada di pameran ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Miki Ace, itu bukanlah kali pertama lelaki terbabit menyalahgunakan kameranya.“Saya tak sangka kerana dia juga memiliki gambar sebegitu untuk ekspo tahun lalu!” katanya.

Pendedahan Miki Ace itu ternyata cepat menarik perhatian pengguna Facebook dan imej berkenaan dikongsi ramai dalam tempoh singkat.

Kata Miki Ace, dia mengakui dibayar untuk berpakaian menarik dan melayan permintaan pengunjung untuk bergambar.“Tetapi ia tidak bermakna kami berhak dilayan begini,” katanya.

Menurut Miki, dia berharap semua lelaki dapat menghormati wanita sewajarnya.

Bagaimanapun, ada juga pengguna Facebook menganggap model seperti Miki Ace memang layak dilayan begitu.

Hujah mereka - model terbabit tidak boleh mengeluh berdasarkan sifat pakaian mereka yang mencolok mata.

Share:

26 November 2014

SUSUK TUBUH KIM KARDASHIAN SELEPAS BERSALIN


Siapa tak kenal wanita jelita kacukan yang bernama Kim Kardashian.Kisahnya pernah meletup suatu ketika dahulu apabila tersebarnya video seks peribadinya bersama teman lelaki seorang lelaki berkulit hitam yang terkenal di Amerika Syarikat.

Begitu banyak gosip liar yang membuatkan Kim dikenali di seluruh dunia.Bukan sahaja gosip malah susuk tubuhnya di gilai kebanyakan lelaki.Selepas melahirkan anak, Kim didapati sukar untuk menjaga badan.Paparazi yang sentiasa mengejar untuk gambarnya mendapati pinggul dan punggung Kim begitu besar.









Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI