Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label TAHFIZ MOHAMAD THAQIF AMIN MOHD GADDAFI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TAHFIZ MOHAMAD THAQIF AMIN MOHD GADDAFI. Papar semua catatan

19 Mei 2017

KUBUR DIGALI SEMULA


Kubur jenazah pelajar tahfiz Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi yang meninggal dunia pada 26 April lalu digali semula tengah hari semalam.

Ia dilakukan pihak hospital bagi mengambil sampel daripada kaki Allahyarham yang dipotong dan disemadikan bersebelahan dengan jenazah.

Bapa saudara dan datuk kepada Allahyarham, Mas Ariff dan Ahmad Motai menjadi saksi ketika pihak hospital menggali kubur berkenaan yang terletak di Felda Bukit Aping Timur Kota Tinggi, Johor kira-kira pukul dua petang tadi.

Mas Ariff ketika dihubungi memberitahu, pihak polis ada membuat panggilan kepada bapa Allahyarham, Mohd Ghaddafi Mat Karim untuk berjumpa dengan waris.

Keluarga dimaklumkan bahawa kubur Allahyarham perlu digali semula untuk meneruskan siasatan mengenai punca kematian Mohamad Thaqif Amin.

"Ketika itu, saya hanya menjadi saksi ketika pihak hospital menggali kubur berkenaan sambil disaksikan pelbagai pihak termasuk dari Mahkamah, Jabatan Agama Islam dan lain-lain," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, pihak hospital hanya mengambil sampel daripada bahagian kaki yang dipotong.

Kisah Mohamad Thaqif Amin tular selepas dia didakwa dipukul pembantu warden di Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Kota Tinggi.

Mohamad Thaqif Amin meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada 26 April selepas kedua-dua kakinya dipotong akibat jangkitan kuman.
Share:

27 April 2017

JENAZAH ADIK MOHAMAD THAQIF AMIN SELAMAT DIKEMBUMIKAN


JOHOR : Jenazah pelajar tahfiz Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Aping Timur jam 12.37 malam tadi.

Jenazah Allahyarham Mohamad Thaqif sebelum itu disembahyangkan di rumah datuknya, Agmad Motai kira-kira satu kilometer dari tanah perkuburan.

Turut mengiringi jenazah pelajar itu adalah bapa Allahyarham Mohd Gaddafi Mat Karim dan sanak saudara.

"Saya mewakili semua keluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua masyarakat yang menolong dari awal hingga akhir. Terima kasih banyak-banyak kita dah selesai semua ni Alhamdulillah," kata bapa saudara Allahyarham Mohamad Thaqif, Masarif Masduki ketika ditemui di sini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebelum itu meluangkan masa menziarahi dan mengimamkan solat jenazah Allahyarham di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Jenazah Mohamad Thaqif Amin, dibawa keluar dari Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru kira-kira 10.50 malam selepas selesai bedah siasat.

Mohamad Thaqif Amin, yang dipotong kedua belah kaki hingga paras peha akibat dijangkiti kuman meninggal dunia pada pukul 2.05 petang Rabu di HSI.

Pelajar itu dijadual menjalani pembedahan memotong tangan kanannya dari bahagian jari hingga bawah siku pada 8 pagi semalam, namun, ditangguhkan berikutan keadaan jantungnya tidak stabil.

Kisah Mohamad Thaqif Amin menjadi tular di media sosial selepas mengalami kecederaan pada bahagian kaki sejak dua minggu lepas dipercayai akibat dipukul oleh pembantu warden sekolahnya.

Pembantu warden lelaki berusia 29 tahun itu kemudian ditahan dan direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes. 
Share:

26 April 2017

ADIK MOHAMAD THAQIF AMIN PERGI JUA - AL FATIHAH


JOHOR : Pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi,11, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.05 petang tadi.

Berita kematian itu disahkan bapa mangsa, Mohd Ghaddafi Mat Karim,43, yang berada bersama keluarga ketika menemani anak lelaki sulungnya itu dengan bacaan doa untuk kesembuhannya.

Allahyarham pelajar 11 tahun itu sebelum ini menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat jangkitan kuman yang didakwa kesan akibat dipukul pembantu warden.

Kira-kira jam 8 pagi tadi, Mohamad Thaqif Amin dijadualkan melalui proses pembedahan memotong tangan kanannya yang turut dijangkiti kuman sebelum dilaporkan terpaksa ditangguhkan atas faktor kesihatan jantung.

Dia mengalami kemerosotan kesihatan sejak dibawa keluar dari madrasah tahfiz itu, 31 Mac lalu bukan hanya kehilangan kedua-dua belah kakinya, malah dijangkiti kuman di tangan kanan, darah beku di tangan kiri selain sebelum ini kegagalan buah pinggang berfungsi berada dalam tahap kritikal yang ditempatkan di Wad Dependensi Tinggi, Hospital Sultan Ismail, di sini. Al-Fatihah

Dalam pada itu keluarga Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11 akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya kematian pelajar tahfiz berkenaan mempunyai kaitan dengan kes penderaan terhadapnya.

Ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38 berkata, mereka akan membela kematian Allahyarham sekiranya wujud unsur penderaan ke atas anak ketiga dari lima beradik itu.

"Buat masa ini kami serahkan siasatan kepada pihak berkuasa, sekiranya benar didapati dia didera kami akan lawan untuk membela apa yang berlaku ke atas Allahyarham.

"Sebelum ini dia memang sihat serta tidak pernah dimasukkan ke hospital. Malah dia juga aktif bermain bola sepak," katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini hari ini.

Dzuraidah berkata, pembedahan tangan kanan Allahyarham yang dijadual pada 8 pagi, semalam terpaksa ditangguhkan selepas dia mengalami demam teruk serta tekanan jantung yang tinggi.

"Pada mulanya keadaan dia nampak baik dan akan jalani pembedahan tangan kanan, tetapi terpaksa dibatalkan mungkin disebabkan demamnya yang terlalu tinggi sehingga suhu melebihi 40 darjah dan tekanan jantung tidak stabil," katanya.

Dalam pada itu katanya, mereka sekeluarga amat rapat dengan Allahyarham kerana dia anak yang baik malah mereka sering berkumpul bersama-sama setiap kali musim cuti persekolahan.

"Semasa cuti persekolahan bulan lalu kami dapat melihat keseronokannya mengikuti pembelajaran di madrasah berkenaan kerana dia memang bercita-cita menjadi tahfiz malah dia turut memperdengarkan bacaan surah Al-Mulk yang dihafal olehnya.

"Kami amat bangga dengannya, sebelum dimasukkan ke hospital dia juga sempat menghafal surah Yasin bersama ibunya," katanya.

Pembantu warden miliki rekod jenayah

Pembantu warden madrasah tahfiz yang direman bagi membantu siasatan kes pukul pelajar pernah disabitkan dengan kesalahan mencuri dalam bangunan dan pernah dipenjara 30 bulan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Komisioner Rahmat Othman berkata, suspek yang masih bujang menjalani hukuman penjara bermula  22 Mei 2014.

"Suspek mempunyai rekod jenayah lampau bersabit Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dalam bangunan.

"Dia disabitkan atas kesalahan itu dan dipenjara 30 bulan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI