Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

26 April 2017

ADIK MOHAMAD THAQIF AMIN PERGI JUA - AL FATIHAH


JOHOR : Pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi,11, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.05 petang tadi.

Berita kematian itu disahkan bapa mangsa, Mohd Ghaddafi Mat Karim,43, yang berada bersama keluarga ketika menemani anak lelaki sulungnya itu dengan bacaan doa untuk kesembuhannya.

Allahyarham pelajar 11 tahun itu sebelum ini menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat jangkitan kuman yang didakwa kesan akibat dipukul pembantu warden.

Kira-kira jam 8 pagi tadi, Mohamad Thaqif Amin dijadualkan melalui proses pembedahan memotong tangan kanannya yang turut dijangkiti kuman sebelum dilaporkan terpaksa ditangguhkan atas faktor kesihatan jantung.

Dia mengalami kemerosotan kesihatan sejak dibawa keluar dari madrasah tahfiz itu, 31 Mac lalu bukan hanya kehilangan kedua-dua belah kakinya, malah dijangkiti kuman di tangan kanan, darah beku di tangan kiri selain sebelum ini kegagalan buah pinggang berfungsi berada dalam tahap kritikal yang ditempatkan di Wad Dependensi Tinggi, Hospital Sultan Ismail, di sini. Al-Fatihah

Dalam pada itu keluarga Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11 akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya kematian pelajar tahfiz berkenaan mempunyai kaitan dengan kes penderaan terhadapnya.

Ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38 berkata, mereka akan membela kematian Allahyarham sekiranya wujud unsur penderaan ke atas anak ketiga dari lima beradik itu.

"Buat masa ini kami serahkan siasatan kepada pihak berkuasa, sekiranya benar didapati dia didera kami akan lawan untuk membela apa yang berlaku ke atas Allahyarham.

"Sebelum ini dia memang sihat serta tidak pernah dimasukkan ke hospital. Malah dia juga aktif bermain bola sepak," katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini hari ini.

Dzuraidah berkata, pembedahan tangan kanan Allahyarham yang dijadual pada 8 pagi, semalam terpaksa ditangguhkan selepas dia mengalami demam teruk serta tekanan jantung yang tinggi.

"Pada mulanya keadaan dia nampak baik dan akan jalani pembedahan tangan kanan, tetapi terpaksa dibatalkan mungkin disebabkan demamnya yang terlalu tinggi sehingga suhu melebihi 40 darjah dan tekanan jantung tidak stabil," katanya.

Dalam pada itu katanya, mereka sekeluarga amat rapat dengan Allahyarham kerana dia anak yang baik malah mereka sering berkumpul bersama-sama setiap kali musim cuti persekolahan.

"Semasa cuti persekolahan bulan lalu kami dapat melihat keseronokannya mengikuti pembelajaran di madrasah berkenaan kerana dia memang bercita-cita menjadi tahfiz malah dia turut memperdengarkan bacaan surah Al-Mulk yang dihafal olehnya.

"Kami amat bangga dengannya, sebelum dimasukkan ke hospital dia juga sempat menghafal surah Yasin bersama ibunya," katanya.

Pembantu warden miliki rekod jenayah

Pembantu warden madrasah tahfiz yang direman bagi membantu siasatan kes pukul pelajar pernah disabitkan dengan kesalahan mencuri dalam bangunan dan pernah dipenjara 30 bulan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Komisioner Rahmat Othman berkata, suspek yang masih bujang menjalani hukuman penjara bermula  22 Mei 2014.

"Suspek mempunyai rekod jenayah lampau bersabit Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dalam bangunan.

"Dia disabitkan atas kesalahan itu dan dipenjara 30 bulan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI