Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label SAMUN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAMUN. Papar semua catatan

15 Julai 2017

PENJENAYAH SEMAKIN KEJAM!


PESARA tentera ditemui meninggal dunia di ruang tamu rumah, manakala isterinya parah dalam kejadian dipercayai samun bersenjata, di Taman Bukit Terendak, Sungai Udang, Melaka.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, mangsa, pesara Briged 9 Para, Abdul Rahman Pileh, 60, meninggal dunia selepas ditetak dengan parang.

Isterinya Sabturiah Lakidau, 59, parah dipercayai ditumbuk pada mulut, bawah dagu dan leher selain pergelangan tangan dikelar.

Sabturiah segera dibawa ke Hospital Melaka untuk dirawat, manakala mayat suaminya dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat.


Seorang daripada jiran mangsa, Rokiah Saleh, 59, memberitahu, jiran sebelah rumah mangsa mendengar jeritan minta tolong daripada Sabturiah, sebelum keluar mendapati wanita itu terduduk di longkang hadapan rumahnya.

"Dia beritahu ada orang masuk rumah bersenjata parang. Saya terus layan dia bercakap kerana bimbang dia pengsan akibat kehilangan banyak darah.

"Dia minta saya dan jiran lain tengokkan suaminya dalam rumah, tapi kami semua perempuan, bimbang penjenayah masih berada dalam rumah," katanya.
Share:

8 Ogos 2016

PEROMPAK TEMBAK PEKERJA STESEN MINYAK DI DANAU KOTA


Seorang pekerja sebuah stesen minyak warga Bangladesh cedera selepas terkena tembakan yang dilepaskan seorang lelaki dalam kejadian samun di Jalan Genting Klang.

Difahamkan mangsa terkena satu daripada tiga das tembakan yang dilepaskan suspek. Bagaimanapun menurut jurucakap polis, tindakan suspek untuk melarikan diri gagal selepas dia ditahan orang ramai dan pekerja stesen minyak berkenaan.

"Setakat ini mangsa seorang pekerja warga Bangladesh dikejarkan ke Hospital Colombia Asia, Setapak, untuk rawatan lanjut manakala suspek dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kecederaan pada kakinya semasa ditangkap orang awam," katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3, Akta Senjata Api, (Penalti Lebih Berat) 1971, yang membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supritendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif dijangka membuat sidang media berkenaan kes itu pada Isnin.

Kejadian samun bersenjata api ini berlaku dalam jarak 300 meter dari lokasi V Kandasamy atau Kanna 43, yang ditembak mati ketika sedang memandu di Jalan Danau Kota, pada 27 Julai lalu.
Share:

19 November 2015

KES SAMUN DAN PECAH RUMAH DI PUTRAJAYA MENINGKAT?


PUTRAJAYA : “Sebaik masuk ke bilik, saya menyedari seperti kehadiran kelibat seseorang. Saya diterkam dari belakang serta ditiarapkan dan tangan diikat menggunakan wayar,” kata Hanisah Abdullah, 26, menceritakan detik cemas berdepan kejadian samun di kuarters penjawat awam 5R1, Presint 5.

Kejadian itu berlaku jam 5.50 petang kelmarin sebaik mangsa yang juga Penolong Juruaudit di Bahagian Audit Sekolah, Kementerian Pendidikan pulang dari tempat kerja ke rumah rakan yang ditumpangi sejak beberapa bulan lalu.

Hanisah berkata, selepas tangannya diikat ke belakang, penyamun hanya berbisik menyuruh diam malah, menakutkannya dengan mengacukan pisau.

Saya bersuara dengan nada tinggi dan bertanya apa yang dia mahukan serta merayu tidak diapa-apakan, namun dia hanya berbisik menyuruh saya diam.

“Penyamun itu turut menakutkan saya dan memberitahu, dia baru keluar dari penjara serta ada rakannya menunggu di luar rumah,” katanya ketika ditemui di rumah rakannya, semalam.

Share:

11 November 2015

AJAL SI PENYAMUN..


JOHOR BAHRU: Belum sempat mengagih hasil samun, dua lelaki maut ketika cuba melarikan diri.

Itulah yang terjadi apabila kereta yang dinaiki dua penyamun berkenaan bertembung dengan sebuah trak pikap di persimpangan lampu isyarat di Taman Pelangi, Johor Bahru awal pagi Isnin. Sebelum kemalangan, kedua suspek dipercayai telah menyamun seorang lelaki berusia 33 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata mangsa ketika itu turun daripada kenderaannya untuk membeli makanan.

Mangsa kemudiannya didatangi suspek yang bersenjatakan parang 12 inci yang merampas beg sandang miliknya dan melarikan diri menaiki sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu seorang lagi suspek.

Mangsa kemudiannya bertindak mengejar suspek sejauh 2.5 kilometer sebelum kenderaan suspek hilang kawalan dan bertembung dengan trak pikap tersebut.

Kejadian itu mengakibatkan kedua-dua suspek maut ditempat kejadian manakala penumpang trak berkenaan patah kaki dan pemandunya cedera ringan.

Tambah Kamarul, seorang daripada suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau melibatkan penyalahgunaan dadah manakala seorang lagi baru melakukan jenayah kali pertama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Share:

11 Disember 2014

VIRAL TEKSI LANGGAR MOTOSIKAL RUPANYA MANGSA SAMUN


Kuala Lumpur: "Mereka nak samun, saya takut dan terus melarikan diri," kata Mahindran, 51, pemandu teksi yang menjadi viral di laman sosial apabila didakwa melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal berdekatan kedai serbaneka di Jalan 29, Selayang Jaya di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 petang itu, bapa kepada lima anak itu berkata, dia didatangi dua lelaki menunggang motosikal ketika dia melakukan pemeriksaan pada bateri teksinya.

Menurutnya, dua penunggang motosikal terbabit secara tiba-tiba meminta wang, menyebabkan dia takut dan terus masuk ke dalam kereta untuk melarikan diri.

"Bagaimanapun, seorang daripada suspek meletakkan motosikalnya di hadapan kereta dengan niat menghalang saya melarikan diri. Saya bimbang dicederakan dan nekad merempuh motosikal itu," katanya.

Menurutnya, dia terus memandu sehingga memasuki lebuh raya apabila seorang penunggang motosikal terbabit cuba memecahkan cermin teksinya itu.

Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI