Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label SAKIT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAKIT. Papar semua catatan

19 September 2017

BATU KARANG SEBESAR TELUR BURUNG UNTA


Sekumpulan doktor di sebuah hospital di sini terkejut selepas mengeluarkan batu karang hampir sebesar telur burung unta di saluran kencing seorang lelaki.

Lelaki berusia 64 tahun itu mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sini selepas mengadu sakit perut dan sukar untuk membuang air kecil.

Imbasan CT mengesan satu objek besar pada bahagian perut lelaki itu yang menyebabkan saluran kencing pesakit tersumbat.

Selepas pembedahan dilakukan doktor berjaya mengeluarkan batu karang seberat 770 gram dari perut pesakit.

Dalam laporan yang disiarkan Jurnal Perubatan New England, doktor yang merawat lelaki itu menjelaskan pesakit mengalami kanser pundi kencing lebih 10 tahun lalu.

Doktor membuang pundi kencing lelaki itu dan membuat saluran baru daripada usus pesakit untuk air kencing keluar dari tubuh.

Prosedur itu boleh meningkatkan risiko seseorang membentuk batu karang.

Kata laporan itu, pesakit berkenaan tidak mengalami sebarang masalah selepas pembedahan dan dia kini dipantau oleh doktor.

Walaupun batu karang yang dikeluarkan dari badan lelaki itu sangat besar tetapi ia bukanlah yang terbesar pernah direkodkan.

Menurut Rekod Dunia Guinness, batu karang paling besar di dunia dikeluarkan dari perut seorang lelaki Brazil, Jose de Castro da Silva pada 2003.

Batu karang yang dikeluarkan dari badan lelaki berusia 62 tahun itu adalah seberat 1.9 kilogram.
Share:

4 Februari 2017

HAIWAN DUA SESUNGUT HIDUP DALAM HIDUNG


Seorang wanita yang tiba-tiba mengalami gatal di bahagian hidung terkejut selepas doktor mengeluarkan seekor lipas yang masih hidup di dalam rongga berkenaan.

Selvi, 42, yang tinggal di Injambakkam di sini berkata, dia terbangun daripada tidur pada Selasa lalu selepas hidungnya terasa sangat gatal.

“Pada mulanya saya menyangka mungkin saya selsema tetapi apabila hidung mula tersumbat, saya segera ke sebuah hospital swasta,” katanya.

Menurutnya, dia dirujuk hampir dua hospital tetapi doktor masih gagal mengesan dan mengeluarkan objek asing di dalam hidungnya.

Bagaimanapun, pada pagi Rabu, Selvi mengalami kesukaran bernafas menyebabkan dia segera dikejarkan ke Hospital dan Kolej Perubatan Stanley.

Doktor yang menggunakan alat endoskop akhirnya berjaya menemui haiwan yang mempunyai dua sesungut di dalam hidung wanita itu.


“Ia seekor lipas. Serangga itu berada di rongga hidung di antara mata dan berhampiran otak.

“Serangga ini masih hidup dan kelihatan enggan keluar dari rongga hidung pesakit,” kata Dr M N Shankar.

Menurutnya, ketika ditarik keluar, serangga itu menggunakan kakinya yang berduri untuk melekat pada tisu di dalam rongga berkenaan.

Tambahnya, selepas berusaha selama 45 minit, akhirnya lipas itu berjaya dikeluarkan.

“Kami sebelum ini pernah mengeluarkan lintah, kapur dan pelbagai lagi dari rongga hidung pesakit, tetapi ini adalah kali pertama kami menemui lipas sebesar ini,” jelasnya.

Share:

27 Oktober 2014

DINTANGKAP KETIKA BUAT HUBUNGAN SEKS DENGAN ANJING

Miami: Seorang pemilik anjing menghadapi tuduhan melakukan kekejaman terhadap haiwan selepas dia mengadakan seks dengan binatang itu.


Jonnie Boggess ditangkap selepas kumpulan hak asasi haiwan membuat laporan mendakwa lelaki berusia 47 tahun itu mengadakan seks dengan anjingnya, Piglet.

Menurut pihak berkuasa, Bogges mendakwa dia tidak bertindak kejam dan tidak menyalahi undang-undang kerana berat Piglet melebihi 18 kilogram dan ia sudah dimandulkan.

Lelaki itu juga mendakwa dia tidak bertindak kasar ketika mengadakan seks dengan Piglet.

“Bogess berkata, selepas mengadakan seks dengan anjing itu, dia akan memeluk Piglet, membelainya dan memberitahunya dia mencintainya,” kata jurucakap polis Kanawha County, Sarjan Larry O’Brien.

Menurut polis, Bogess akhirnya berkata, dia sepatutnya tidak mengadakan seks dengan anjingnya. Dia mendakwa mabuk ketika itu.

Bagaimanapun, jirannya tidak mempercayainya.

“Dia sering mengadakan seks dengan haiwan. Kami tidak hairan dia ditangkap,” kata seorang jirannya.

O'Brien berkata, anjing berkenaan diserahkan kepada pihak berkuasa dan Boggess kini menanti hukuman.

Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI