Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

4 Februari 2017

HAIWAN DUA SESUNGUT HIDUP DALAM HIDUNG


Seorang wanita yang tiba-tiba mengalami gatal di bahagian hidung terkejut selepas doktor mengeluarkan seekor lipas yang masih hidup di dalam rongga berkenaan.

Selvi, 42, yang tinggal di Injambakkam di sini berkata, dia terbangun daripada tidur pada Selasa lalu selepas hidungnya terasa sangat gatal.

“Pada mulanya saya menyangka mungkin saya selsema tetapi apabila hidung mula tersumbat, saya segera ke sebuah hospital swasta,” katanya.

Menurutnya, dia dirujuk hampir dua hospital tetapi doktor masih gagal mengesan dan mengeluarkan objek asing di dalam hidungnya.

Bagaimanapun, pada pagi Rabu, Selvi mengalami kesukaran bernafas menyebabkan dia segera dikejarkan ke Hospital dan Kolej Perubatan Stanley.

Doktor yang menggunakan alat endoskop akhirnya berjaya menemui haiwan yang mempunyai dua sesungut di dalam hidung wanita itu.


“Ia seekor lipas. Serangga itu berada di rongga hidung di antara mata dan berhampiran otak.

“Serangga ini masih hidup dan kelihatan enggan keluar dari rongga hidung pesakit,” kata Dr M N Shankar.

Menurutnya, ketika ditarik keluar, serangga itu menggunakan kakinya yang berduri untuk melekat pada tisu di dalam rongga berkenaan.

Tambahnya, selepas berusaha selama 45 minit, akhirnya lipas itu berjaya dikeluarkan.

“Kami sebelum ini pernah mengeluarkan lintah, kapur dan pelbagai lagi dari rongga hidung pesakit, tetapi ini adalah kali pertama kami menemui lipas sebesar ini,” jelasnya.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI