Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label AUNG SAN SUU KYI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AUNG SAN SUU KYI. Papar semua catatan

14 Februari 2017

KEBANYAKAN LELAKI ETNIK ROHINGYA DIBUNUH DAHULU


Anak yang menangis dikelar leher ketika ibunya diperkosa, keluarga termasuk orang tua dan orang cacat dibakar bersama rumah, kanak-kanak 11 tahun dirogol beramai-ramai, remaja 14 tahun diperkosa tentera yang membunuh ibu serta dua adik perempuannya antara fakta tercatat dalam laporan agensi PBB mengenai kekejaman penghapusan etnik pasukan keselamatan Myanmar terhadap Rohingya.

Semua itu sudah dilaporkan sebelum ini namun ia kini menjadi fakta rasmi kerana dimasukkan dalam laporan oleh empat penyiasat Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan PBB (OHCHR), termasuk temuramah dengan 204 pelarian wanita dan lelaki di Bangladesh.

Portal berita Herald (Scotland) melaporkan, laporan itu yang disiarkan minggu lalu, dengan jelas menunjukkan kaum lelaki menjadi sasaran kekejaman kerajaan Myanmar kerana majoriti pelarian ialah wanita dan kanak-kanak.

Linnea Arvidsson yang mengetuai pasukan empat penyiasat OHCHR, berkata: “Majoriti pelarian yang tiba sekarang adalah wanita. Ramai beritahu suami, bapa saudara dibunuh atau abang, adik lelaki hilang. Ke mana semua lelaki?”

Linnea Arvidsson yang mengetuai pasukan empat penyiasat OHCHR, berkata pasukan keselamatan menangkap ramai lelaki Rohingya dan dibawa ke tempat tidak diketahui.

Menurutnya, pihak berkuasa Myanmar tidak menyatakan dengan jelas jumlah yang ditahan namun maklumat daripada pihak penjara bulan lalu, menyatakan mereka hanya menahan kira-kira 450 lelaki Rohingya.

Menurut laporan itu, Lelaki Rohingya berusia semuda 17 tahun hingga 45 tahun kini lenyap, diyakini menjadi sasaran sama ada dibunuh atau ditangkap kerana dianggap berpotensi sebagai ancaman.


“Kita memperkatakan mengenai ratusan kematian namun ia mungkin rendah kerana berkemungkinan besar membabitkan ribuan kematian.

“Terus terang kami bagaikan tidak sanggup melakukan temuramah dengan pelarian, terlalu banyak kisah ngeri dan terlalu sedih.

“Saya tidak pernah menempuh keadaan seperti ini, menemuramah ramai orang dalam masa singkat yang semuanya memberikan cerita hampir sama.

“Ibu berkata, ‘ketika saya dirogol, anak perempuan saya berusia lima tahun yang menangis cuba melindungi saya, dikelar leher’.

“Selepas temuramah, saya masih tidak mampu membayangkan apa yang yang mereka sudah tempuh. Ia amat mengerikan, tidak terfikir akal boleh berlaku,” kata Arvidsson.

Laporan OHCHR itu juga menyatakan tentera Myanmar menembak dari helikopter, termasuk mencampak bom tangan bagi membunuh iman dan guru.

Menurut laporan itu, daripada 101 wanita yang ditemuramah, lebih separuh memberitahu mereka menjadi mangsa rogol atau dirogol beramai-ramai.

Pasukan penyiasat itu juga menerima laporan pasukan keselamatan Myanmar membunuh kanak-kanak berusia enam tahu dan ke bawah menggunakan pisau.

Portal berita Independent.ie memetik laporan OHCHR yang sama, melaporkan saksi memberitahu tentera dan polis dibantu penduduk tempatan membunuh bayi, kanak-kanak, wanita dan orang tua, menembak mereka yang melarikan diri, membakar seluruh kampung, penahanan beramai-ramai, rogol dan keganasan seks besar-besaran yang sistematik dan memusnahkan makanan serta sumber makanan.

Laporan itu menyatakan, pasukan keselamatan membelasah, merogol dan membunuh etnik Rohingya di depan ahli keluarga dan saudara-mara secara terbuka bertujuan mencetuskan ketakutan dan penghinaan.

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dirogol beramai-ramai oleh tentera memberitahu ibu dan dua adik perempuannya tidak dibunuh dengan tembakan, tetapi dikelar, ditikam dengan pisau.

Remaja 18 tahun menceritakan ibunya yang berusia 60 tahun yang sudah tidak berdaya, ditangkap tentera ketika cuba melarikan dan lehernya dikelar dengan pisau panjang.

Dalam satu lagi kejadian, bayi lapan bulan dibunuh ketika ibunya diperkosa lima anggota pasukan keselamatan Myanmar.

Semua temuramah itu dicatat dalam laporan siasatan OHCHR namun, namun pasukan penyiasat itu menghadapi masalah besar untuk pengesahan secara rasmi kerana Myanmar tidak membenarkan wakil bebas termasuk PBB dan wartawan memasuki Rakhine yang menjadi medan pembunuhan etnik Rohingya dan jenayah kemanusiaan.

Bagaimanapun, pasukan itu mengumpul bukti sokongan lain di Bangladesh, termasuk gambar dan rakaman video oleh mangsa, ramai pelarian mempunyai kesan luka akibat peluru dan senjata tajam serta imej satelit perkampungan yang musnah.

Tokoh politik dan pemenang Anugerah Keamanan Nobel yang memperjuangkan demokrasi di Myanmar, Aung San Suu Kyi, yang lebih berkuasa daripada perdana menteri negara itu bukan saja berdiam diri mengenai krisis Rohingya malah menolak permintaan PBB untuk masuk ke Rakhine.

“Amat malang Suu Kyi lebih mengutamakan politiknya daripada naluri kemanusiaan, tambahan pula Rohingnya adalah penduduk yang tidak dikehendaki di Myanmar,” kata Pengarah Human Rights Watch (HRW) Australia,

Elaine Pearson.

Sebahagian besar daripada antara 1.1 juta hingga 1.3 juta etnik Islam Rohingya tinggal di Rakhine, utara Myanmar, negara yang penduduk majoritinya beragama Buddha. Kerajaan Myanmar menganggap Rohingya adalah pendatang dari Bangladesh, bukan warganegara dan mereka dinafikan hak kemudahan persekolahan, perubatan dan pekerjaan walaupun hakikatnya etnik berkenaan sudah lama tinggal di negara itu.

Serangan terhadap Rohingya memuncak Oktober tahun lalu, selepas sembilan polis Myanmar dibunuh di sempadan Myanmar-Bangladesh dengan kerajaan menuduh dilakukan pemberontak Rohingya.

Kerajaan melancarkan kempen pembersihan dengan alasan mencari pemberontak terbabit dan sejak itu, lebih 70,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.
Share:

31 Januari 2017

SIAPA DALANG DI SEBALIK PEMBUNUHAN PEGUAM ISLAM TERKEMUKA MYANMAR?


Ribuan orang hari ini, menghadiri majlis pengebumian peguam Islam terkemuka yang juga penasihat Aung San Suu Kyi yang mati ditembak di luar lapangan terbang di sini, semalam, kejadian yang dikatakan kerajaan sebagai pembunuhan saingan politik.

Ko Ni ialah penasihat undang-undang parti Liga Kebangsaan (NLD) untuk Demokrasi pimpinan Suu Kyi yang memerintah Myanmar, ditembak di kepala ketika berada di luar lapangan terbang sambil memegang cucu lelakinya, setibanya dari Indonesia.

Pembunuhannya itu menggemparkan Myanmar yang kini menghadapi tekanan dunia, terutama negara Islam berikutan dakwaan kekejaman serta pembunuhan terhadap etnik minoriti Rohingya yang beragama Islam.

Pembunuhan kerana saingan politik juga amat jarang berlaku di Myanmar.

Polis masih belum menyatakan motif pembunuhan itu namun Ko Ni, 63, ialah tokoh masyarakat Islam yang lantang mengkritik sentimen anti-Islam oleh penganut Buddha di negara itu serta mengkritik kuasa tentera terhadap pemerintahan Myanmar.

Seorang pemandu teksi yang cuba menghalang penembak itu juga terbunuh. Pembunuhnya, Kyi Lin, 53, ditahan di tempat kejadian.

Gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan lelaki itu berdiri sambil mengacukan pistol ke kepala, di belakang Ko Ni yang sedang mendukung cucunya.

Anak perempuannya, Yin Nwe Khaing, berkata dia membawa anak bongsunya itu ke lapangan terbang bagi menyambut kepulangan Ko Ni bersama delegasi kerajaan dari Indonesia.

“Bapa saya mencipta musuh kerana lantang menyuarakan hak orang Islam,” katanya.

Selain pemimpin kanan NLD, pengebumiannya turut dihadiri imam, sami Buddha dan orang ramai yang memenuhi perkuburan Islam di pinggir Yangon.

“Ini tragedi amat kejam,” kata seorang hadirin, Moe Zaw, 37.

Suu Kyi belum membuat sebarang kenyataan mengenai pembunuhan itu namun NLD dalam kenyataan berkata: “Kami mengutuk keras pembunuhan Ko Ni dan bagi NLD, ia adalah tindakan keganasan.”
Share:

8 Disember 2016

BAGUS JUGA JIKA TIADA WARGA MYANMAR BEKERJA DI MALAYSIA


Myanmar melarang rak­yatnya bekerja di Malaysia selepas hubungan antara dua negara itu tegang berikutan tindakan tegas Kuala Lumpur yang mahu kerajaan Naypyi­daw dihukum kerana melakukan penindasan terhadap penduduk Islam Rohingya.

Kementerian Imigresen Myan­mar dalam satu kenyataan lewat malam tadi mengumumkan pihaknya telah menghentikan pengeluaran lesen kepada rak­yatnya yang mahu bekerja di Malaysia, yang sering menjadi pilihan pekerja asing mencari rezeki.

“Myanmar menghentikan sementara penghantaran pekerja ke Malaysia bermula semalam (6 Disember) disebabkan situasi terkini di Malaysia,” jelas kementerian itu dalam satu kenyataan tanpa mengulas lanjut.

Langkah kerajaan Myanmar itu diambil selepas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar Kaunselor Myan­mar, Aung San Suu Kyi kerana menghalalkan penghapusan etnik Rohingya dalam satu perhimpunan di Kuala Lumpur Ahad lalu yang dihadiri ribuan peserta.

Peserta yang hadir membantah kekejaman tentera Myanmar di negeri Rakhine sehingga memaksa lebih 30,000 penduduk Ro­hingya melarikan diri ke Bangladesh.

Penduduk Islam itu yang selamat tiba di Bangladesh turut mendedahkan penderitaan dialami mereka termasuk wanita diperkosa, lelaki ditahan dan dibunuh tanpa sebab selain ada yang terbunuh ketika menyeberangi sungai dari Myanmar ke Bangladesh.

Myanmar yang dihuni majoriti penduduk Buddha sudah lama melakukan diskriminasi terhadap Rohingya.

Naypyidaw berulang kali menafikan dakwaan salah laku terhadap Rohingya, malah Suu Kyi menuduh dunia bersikap tidak adil kepada Myanmar.

Share:

5 Disember 2016

AUNG SAN SUU KYI SOMBONG DAN ANGKUH!!


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menempelak sikap ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi yang bersikap tidak mahu ambil kisah mengenai etnik Rohingya.

Najib berkata, Malaysia telah meminta Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk bertemu Suu Kyi bagi membincangkan isu itu, namun mendapat reaksi dingin daripada pemenang anugerah Nobel Keamanan itu.

"Saya minta Menteri Luar kita ke Myanmar..,tetapi Suu Kyi kata kalau nak  jumpa dia hanya bincang isu hubungan dua hala sahaja.

 "Kata Suu Kyi, saya tidak mahu bincang mengenai isu Rohingya...ini mana boleh. Kita mesti bincang segalanya," katanya ketika memberi ucapan sempena Himpunan  Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa di sini, hari ini.

Oleh itu, katanya penyertaan Myanmar dalam komuniti Asean tidak membawa sebarang makna kerana mereka telah melanggar satu prinsip dalam Piagam Asean iaitu kemanusiaan.

"Piagam Asean pertahankan hak asasi manusia. Myanmar  pakai satu sahaja. Artikel dalam Asean banyak.

"Dia baca satu sahaja. Kita tidak boleh campur tangan dalam urusan negara lain... dia tidak baca yang lain. Yang lain sebut bahawa hak asasi Asean pertahankan hak asasi manusia. Mereka buat ke?

"Janganlah cakap ikut sesuka hati. Apa dia nak kita buat. Kita masuk Asean sebagai 'community of nation'.

"Kita satu komuniti bila berlaku kezaliman dan kekejaman orang dan dicabul hak asasi apakah ini bukan penentangan terhadap hak asasi manusia," katanya.

Dalam pada itu, Najib turut menyeru kepada rakan sejawatannya, Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih mesra disapa Jokowi bagi turut bersama beliau dalam memperjuangkan isu ini.

"Saya nak minta Jokowi adakan himpunan yang sama seperti kita hari ini, Rohingya perlu diperjuangkan," katanya lagi.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI