Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

8 Disember 2016

BAGUS JUGA JIKA TIADA WARGA MYANMAR BEKERJA DI MALAYSIA


Myanmar melarang rak­yatnya bekerja di Malaysia selepas hubungan antara dua negara itu tegang berikutan tindakan tegas Kuala Lumpur yang mahu kerajaan Naypyi­daw dihukum kerana melakukan penindasan terhadap penduduk Islam Rohingya.

Kementerian Imigresen Myan­mar dalam satu kenyataan lewat malam tadi mengumumkan pihaknya telah menghentikan pengeluaran lesen kepada rak­yatnya yang mahu bekerja di Malaysia, yang sering menjadi pilihan pekerja asing mencari rezeki.

“Myanmar menghentikan sementara penghantaran pekerja ke Malaysia bermula semalam (6 Disember) disebabkan situasi terkini di Malaysia,” jelas kementerian itu dalam satu kenyataan tanpa mengulas lanjut.

Langkah kerajaan Myanmar itu diambil selepas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar Kaunselor Myan­mar, Aung San Suu Kyi kerana menghalalkan penghapusan etnik Rohingya dalam satu perhimpunan di Kuala Lumpur Ahad lalu yang dihadiri ribuan peserta.

Peserta yang hadir membantah kekejaman tentera Myanmar di negeri Rakhine sehingga memaksa lebih 30,000 penduduk Ro­hingya melarikan diri ke Bangladesh.

Penduduk Islam itu yang selamat tiba di Bangladesh turut mendedahkan penderitaan dialami mereka termasuk wanita diperkosa, lelaki ditahan dan dibunuh tanpa sebab selain ada yang terbunuh ketika menyeberangi sungai dari Myanmar ke Bangladesh.

Myanmar yang dihuni majoriti penduduk Buddha sudah lama melakukan diskriminasi terhadap Rohingya.

Naypyidaw berulang kali menafikan dakwaan salah laku terhadap Rohingya, malah Suu Kyi menuduh dunia bersikap tidak adil kepada Myanmar.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI