Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label AMERIKA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AMERIKA. Papar semua catatan

2 Ogos 2016

BOLEH KENCING DI MUKA DONALD TRUMP?

Sebuah bar di Dublin menghias tempat buang air kecilnya dengan potret calon presiden Amerika Syarikat dari Parti Republikan, Donald Trump.

Para pekerja di bar Adelphi berkata, mereka belum pernah menerima sebarang aduan mengenai tandas baharu tersebut, namun akan menukarnya sekiranya Trump sah menjadi Presiden AS pada November nanti, lapor portal berita The Telegraph.

“Jika dia dilantik oleh rakyat Amerika nanti, kami akan menukar latar itu dengan segera sebagai menghormati pilihan rakyat negara itu.

“Saya cuma merasakan ini adalah salah satu cara bagi sesetengah orang untuk menzahirkan perasaan mereka terhadap pandangan Trump, selain menjadikan kunjungan mereka ke tandas suatu yang lebih menghiburkan,” ujar pengurus bar berkenaan, Tony McCabe.

Dalam akaun Facebook bar itu, para pekerja Adelphi berjenaka tentang betapa popular tempat buang air kecil itu dalam kalangan pengunjung lelaki, selain menerima cadangan untuk membuat sesuatu di tandas wanita.

Ini bukan kali pertama imej Donald Trump digunakan dalan tandas. Di China, wajahnya digunakan oleh sebuah syarikat untuk dicetak pada tisu tandas.

Di media sosial, pengguna bar berkenaan turut memuat naik gambar tersebut:


Share:

24 Disember 2014

TERBARU!! AS BERTANGGUNGJAWAB MENEMBAK JATUH MH370?

PEMANDANGAN pulau Diego Garcia di Lautan Hindi yang menempatkan pangkalan tentera Amerika Syarikat.

LONDON – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat penerbangan Perancis, Marc Dugain mendakwa, pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu terhempas kerana ditembak oleh tentera Amerika Syarikat (AS), lapor MailOnline kelmarin.

Dugain berkata, tentera AS yang berpangkalan di pulau Diego Garcia, Lautan Hindi menembak pesawat berkenaan kerana menyangka pesawat tersebut telah dirampas dan bakal digunakan untuk satu serangan pengganas.

Beliau merupakan bekas CEO syarikat Proteus Airlines tetapi syarikat berkenaan sudah tidak lagi wujud.

Dugain memberitahu akhbar Paris Match, teori itu berdasarkan dakwaan beberapa penduduk di kepulauan Maldives yang terletak berhampiran Diego Garcia bahawa mereka melihat pesawat jenis Boeing 777 berkenaan terbang rendah.

“Beberapa nelayan di sebuah pulau kecil di Maldives memberitahu saya, mereka melihat sebuah pesawat besar yang mempunyai warna menyerupai pesawat MAS terbang rendah pada 8 Mac lalu,” katanya.

Dia juga mendakwa, ada penduduk di Maldives menemui satu alat pemadam api yang kosong dipercayai milik pesawat MH370 di satu kawasan perairan berhampiran pulau Baarah.

Dalam satu wawancara de­ngan sebuah stesen radio Perancis baru-baru ini, Dugain yang kini menjadi penulis novel mendakwa, sumber perisikan memberi amaran kepadanya supaya tidak menyiasat kehila­ngan pesawat berkenaan.

“Sumber perisikan itu juga memberitahu bahawa saya kini berdepan risiko tinggi dan menasihati saya supaya tidak meneruskan siasatan,” katanya.

Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang hilang dari radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur, Malaysia menuju ke Beijing, China.

Sehingga kini, punca pesawat berkenaan berpatah balik sebelum terputus hubungan masih kekal misteri.

Pihak berkuasa Australia sedang mengetuai operasi mencari pesawat berkenaan yang dipercayai terhempas di satu kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi, barat Australia. – Agensi

Share:

26 November 2014

PRESIDEN RUSIA PALING BERKUASA DI DUNIA

KASTA TERTINGGI GOLONGAN "FREEMASON" YANG MENGUASAI DUNIA?

Share:

5 November 2014

BOM NUKLEAR MILIK AMERIKA DAN SEKUTUNYA MAMPU MUSNAHKAN BUMI

Amerika Syarikat miliki 7,300 senjata nuklear!

Penduduk bumi hari ini dikira bernasib baik kerana masih belum mengalami sebarang bencana besar nuklear sejak ledakan bom atom meranapkan bandar Hiroshima dan Nagasaki di Jepun pada tahun 1945.
Lebih 200,000 nyawa terkorban dalam bencana yang amat dahsyat itu.
   
Namun, hakikatnya ancaman bencana nuklear terhadap manusia dilihat semakin besar hari ini berbanding apa yang berlaku semasa Perang Dunia Kedua memandangkan kemajuan pesat teknologi nuklear serta jumlah senjata itu yang ada begitu tinggi.
   
Ketika ini terdapat kira-kira 16,300 senjata nuklear di seluruh dunia yang mana daripada jumlah itu, 7,300 milik Amerika Syarikat (AS), Rusia (8,000), China (240), Perancis (300), United Kingdom (225), Israel (80), India (80-100), Pakistan (90-110) dan Korea Utara (1).
   
Kira-kira 4,400 daripada senjata itu diletakkan dalam keadaan berwaspada dan bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa sahaja.
   
"Mungkin memerlukan hanya empat hingga lapan minit untuk mana-mana jeneral atau presiden memutuskan sama ada mahu melancarkan senjata itu atau tidak", kata Profesor Gareth Evans dalam forum anjuran Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) di Wisma Putra baru-baru ini.
  
Musnah hanya dengan menekan butang
   
Bagaimanapun, Evans yang juga mantan Menteri Luar Australia menyatakan perang nuklear mungkin berlaku bukan kerana tindakan kejam seorang 'penyangak' tetapi lebih kepada kesilapan sistem atau manusia akibat salah jangkaan atau salah anggapan.
   
"Jadi jika setakat ini masih belum ada bom nuklear yang meletup dan meragut nyawa kita, ia  bukan kerana pengurusan atau pentadbiran yang tegas tetapi lebih kepada nasib semata-mata", kata Evans.
   
Beliau turut menyatakan bahawa dunia sejagat termasuk Malaysia boleh terjejas teruk walaupun perang nuklear yang meletus itu hanya melibatkan kawasan kecil dunia.
   
Kebenaran yang menekan
   
Buku "Nuclear Weapons: The State of Play" menyatakan bahawa risiko perang nuklear semakin meningkat di sebalik jumlah senjata nuklear yang lebih kecil berbanding sewaktu Perang Dingin.
   
Ini memandangkan lebih banyak negara di rantau yang semakin tidak stabil di samping jumlah kumpulan pengganas yang kian meningkat berterusan mencari untuk memiliki senjata nuklear.
   
Sementara itu, Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Hussein Haniff berkata pada majlis yang sama, amat menyedihkan bahawa usaha pelucutan senjata yang menjadi keutamaan tertinggi masyarakat antarabangsa masih jauh daripada sasarannya.
   
"Kurang kesungguhan politik akan terus menjejaskan usaha mencapai permuafakatan di samping menjadikan usaha pelbagai jentera ke arah pelucutan kurang berhasil", katanya ketika Perhimpunan Agung PBB di New York bulan Oktober lepas.
   
Sementara itu, Evans menjelaskan bahawa semua negara yang mempunyai senjata nuklear termasuk China, Perancis, United Kingdom, Rusia dan AS yang kelima-limanya ahli Perjanjian Pengawalan Senjata sepatutnya komited kepada pelucutan senjata itu tetapi setakat ini tidak melakukan apa-apa ke arah matlamat itu.
   
Katanya, tidak ada satu negara yang mempunyai senjata nuklear memberi komitmen kepada sebarang jadual untuk mengurangkan stok simpanan itu, apa lagi untuk menghapuskannya.
   
Tambah beliau, stok simpanan nuklear kian meningkat terutama di Korea Utara dan sebagai tambahan kepada itu, program nuklear Iran.
   
"Apa yang berlaku sekarang sememangnya mudah untuk menjadikan kita pesimis dan melupakan sahaja usaha pelucutan senjata tetapi itu menunjukkan kita sudah berputus asa", kata Evans.
   
Yakin dengan generasi akan datang
   
Bagaimanapun, Evans tetap optimis dan menggesa generasi muda mengambil giliran untuk bertindak.
   
Antara langkah penting yang boleh dilaksanakan dalam tempoh yang panjang ini ke arah dunia bebas senjata nukleaer adalah untuk berhujah secara berterusan untuk menghapuskan senjata nuklear.
   
Contohnya, untuk menghapuskan kepercayaan senjata nuklear sebenarnya penstabil keamanan dalam kalangan kuasa besar.
   
Ini perlu dilakukan secara berterusan menerusi ucapan dan penulisan bagi memastikan mesej itu dihayati pembuat dasar.
   
Beliau juga menekankan fokus juga perlu diberi kepada mengurangkan proses senjata nuklear sebelum membuat jadual untuk pelucutan senjata itu sepenuhnya.
   
"Secara jujur kita perlu akur kita tak akan berjaya mencapai pelucutan senjata 100 peratus dan pastinya juga kita tak akan dapat mencapainya, katakan menjelang 2030.
   
"Perlu ada dua peringkat penting, pertama, meminimumkan dan kemudian menghapuskan. Mungkin proses ini tidak akan selancar yang diharapkan.
   
"Apabila kita bergerak daripada angka yang rendah kepada sifar, bukan sahaja ada sekatan psikologi dan geopolitik tetapi juga halangan teknikal yang serius di samping, pengesahan dan penguatkuasaan", katanya. 
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI