LAS VEGAS : Pengeluar aksesori dan komputer, Razer menawarkan ganjaran AS$250,000 sehingga tertangkapnya pencuri yang mencuri dua protaip komputer ribanya.
Laporan CNN Money mengatakan peranti berkenaan diambil dari bilik operasi Razer di ketika acara Consumer Electronics Show di Last Vegas, Ahad lepas.
"Pasukan kami menghabiskan masa berbulan-bulan untuk membuat konsep dan unit-unit tersebut," kata CEO Razer, Min-Liang Tan di Facebooknya.
Min-Liang menganggap kejadian berkenaan sebagai salah satu usaha sabotaj industri.
Komputer berkenaan yang dinamakan Project Valerie mempunyai tiga skrin 'multi-monitor' yang ditujukan kepada penggemar permainan komputer.
"Kami sudah membuat laporan dan ketika ini bekerjasama dengan penganjur dan pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu ini," kata Min-Liang.
0 comments:
Catat Ulasan