Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

13 Januari 2017

DOKTOR KELUARKAN LEBIH 150 EKOR CACING DALAM PERUT SEORANG WANITA


Selepas muntah berterusan selama beberapa minggu, Neha Begum akhirnya dikejarkan ke hospital awal bulan ini.

Apabila diperiksa di KG Nanda Hospital, doktor menemui sesuatu yang menghalang ususnya dan Neha yang berasal dari Chandauli, Uttar Pradesh, terpaksa menjalani pembedahan serta-merta.

Pasukan lima doktor yang menjalankan pembedahan selama empat jam itu terkejut apabila mendapati masalah yang dialami Neha berpunca daripada cacing yang hidup di dalam perutnya.

Mereka mengeluarkan cacing itu dan jumlahnya mencecah 150. Lebih teruk lagi, panjang setiap cacing itu melebihi 25 sentimeter.

Pakar ginekologi hospital berkenaan, Dr Anand Prakash Tiwari berkata: “Saya terkejut. Kes ini amat luar biasa. Saya belum pernah berdepan kes dengan begitu banyak cacing dalam badan manusia.

“Biasanya, hanya ada tiga atau empat cacing. Tetapi, yang ini, terlalu banyak.”

Neha juga bernasib baik kerana dirawat lebih awal sebelum cacing itu bergerak ke otaknya yang boleh menyebabkan kerosakan neuro.

Menurut Neha, dia pernah pergi mendapat rawatan di klinik lain dan semua doktor yang merawatnya hanya memberikan dia ubat penahan sakit.

“Saya teramat sakit selama beberapa minggu. Saya menemui beberapa doktor tetapi tidak seorang pun dapat membantu saya. Mereka gagal mengesan masalah saya dan suruh saya pulang dengan memberikan ubat penahan sakit.

“Sudah begitu lama saya tidak dapat tidur malam dan kadang kala menjerit kesakitan dan muntah.

“Kini, saya mempunyai kehidupan baru. Saya terhutang budi kepada doktor di sini,” katanya.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI