Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

30 Disember 2016

TENTERA LAUT MYANMAR BEDIL NELAYAN BANGLADESH


BANGLADESH : Sekurang-kurangnya empat nelayan warga Bangladesh cedera apabila tentera Myanmar melepaskan tembakan ke atas bot mereka minggu ini lapor ibtimes.

Insiden tersebut disahkan oleh Komander Kontinjen Pengawal Sempadan di St Martin,Komander Mohammad Saiful Absar yang mendakwa kejadian itu berlaku pada Selasa lalu.

“Nelayan tersebut memancing di kawasan laut Bangladesh iaitu Teluk Bengal Cherrha Dwip sebelum ditembak oleh kapal tentera laut Myanmar,” katanya kepada Reuters.

Dalam kejadian tersebut, Absar mendakwa ia merupakan acara kemuncak ketegangan antara kedua-dua negara setelah kerajaan Myanmar kini menghadapi kritikan antarabangsa kerana tidak membantu masyarakat minoriti Islam Rohingya di daerah Rakhine.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 130 orang terbunuh di Rakhine sejak beberapa bulan lalu berikutan tindakan kasar tentera Myanmar hingga tercetusnya serangan etnik Rohingya di pondok polis berhampiran Bangladesh yang turut mengorbankan sembilan pegawai.

Selain itu, usaha-usaha anti pemberontakan yang dijalankan baru-baru ini oleh tentera Myanmar turut membawa kepada perang dingin di antara kedua-dua negara jiran ini setelah pegawai Bangladesh kecewa dengan kebanjiran etnik Rohingya yang melarikan diri ke negara mereka.

Walaupun pelarian Rohingya ke Bangladesh ini sudah bermula sejak tahun 70-an lagi namun keganasan berikutan pembersihan etnik pada Oktober lalu membuatkan lebih ramai orang cuba menyeberangi sempadan negara itu.

Etnik Rohingya merupakan kumpulan minoriti Islam di Myanmar yang mengamalkan ajaran sunni. Mereka juga tidak diberikan kewarganegaraan rasmi kerajaan Myanmar menjadi ia satu situasi pendudukan tanpa kerakyatan yang paling besar di sana.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI