Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

26 September 2016

EMPAT BERANAK DIREMPUH GO KART DI KOMPLEKS SUKAN PAHANG


Dua beranak maut selepas dirempuh sebuah kenderaan jenis Go kart semasa menonton Perlumbaan Automatif Inovasi Pendidikan (EIMRACE) 2016 yang berlangsung di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) Indera Mahkota.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi selepas tiga kenderaan terbabit bergesel sesama sendiri dan salah sebuah kenderaan terbabas ke kanan jalan dan melanggar keluarga terbabit.

Mangsa Izwan Isa, 38, yang bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang di Gebeng di sini dan anaknya Nur Zulaikha, 5, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Manakala anak lelakinya Muhammad Iz Danial, 7, mengalami kecederaan parah dan sudah stabil dan isterinya, Siti Suhaiza Seman, 38, yang bertugas sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota (SKIM) hanya mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Mohamad Noor Yusof memberitahu, siasatan awal mendapati kejadian membabitkan tiga buah kenderaan dan salah sebuah kenderaan telah bergesel sesama sendiri di litar tersebut.

Menurutnya, salah sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang pemandu berusia 25 tahun telah melanggar keluarga tersebut.

"Siasatan yang dijalankan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku di dalam litar lumba dan sebanyak 38 kart mengambil bahagian dalam perlumbaan itu.

"Terdapat barrier (penghalang) dan tali amaran yang diletakkan di sepanjang jalan sebelah kanan jalan sebagai penghadang yang memisahkan antara, penonton dan litar lumba dan semasa kejadian cuaca baik," katanya.

Manakala ketiga-ketiga pemandu yang berusia 25,23 dan 19 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, contoh darah dan air kencing ketiga-tiga pemandu yang terlibat kemalangan ini akan diambil untuk ujian toksikologi Jabatan Kimia dan siasatan akan diteruskan di bawah  Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan.

SELAMAT DI KEBUMIKAN : Jenazah  Izwan Isa, 39, bersama anak perempuannya,  Nur Zulaikha Izwan,  5, selamat dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi kira-kira jam 11 malam tadi.

Talkin dibacakan oleh Kadi Kuantan, Abdul Zaki Mohd Zain.

Sebelum itu,  kedua-dua jenazah disembahyangkan di Masjid Tengku Ampuan Afzan,  Indera Mahkota.

Dua beranak itu maut akibat rempuhan kenderaan jenis go kart ketika perlumbaan berlangsung dalam Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMRACE) di Indera Mahkota pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika perlumbaan berlangsung di litar terbuka berhampiran Kompleks Tertutup Sukan Pahang (Sukpa) , di sini.

Izwan bekerja sebagai seorang penyelia di sebuah syarikat di Gebeng maut di lokasi kejadian manakala anak perempuannya Nur Zulaikha berusia empat tahun meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) ketika mendapatkan rawatan.

Anak lelakinya,Muhammad Izz Daniel,7, yang cedera kini dirawat di HTAA.

Isterinya Siti Suhaiza Seman, 38, bertugas sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama sejak 2008 cedera ringan.

Kejadian berlaku dipercayai akibat rempuhan sebuah kenderaan go kart itu yang hilang kawalan lalu merempuh ke arah kawasan itu.

AL-FATIHAH..
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI