Hutang punya pasal dua wanita dilaporkan pengsan selepas bergaduh di tengah jalan selama lapan jam tanpa henti.
Wanita berkenaan dikatakan bergaduh mengenai hutang dalam kejadian yang berlaku di Angkang, wilayah Shaanxi itu.
Kedua-duanya bagaimanapun akhirnya pengsan akibat kepenatan dan keadaan cuaca yang panas terik selepas bergaduh tanpa berhenti untuk makan atau minum.
Mereka dilaporkan mula bertengkar sekitar jam 2 petang berhubung hutang dan masing-masing cuba mencari jalan penyelesaian tetapi tidak berjaya.
Menurut laporan, dua wanita pertengahan usia itu dilihat terbaring di tengah jalan berhampiran pusat bandar Angkang.
0 comments:
Catat Ulasan