Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

22 Ogos 2016

BAHAYA AKTIVITI TEMBAK IKAN


Seorang pemancing ikan bernasib baik tidak mati apabila serampang yang digunakan untuk menangkap ikan menusuk lehernya.

Rakaman video mengenai kejadian itu, dipercayai dari Jepun, menunjukkan lelaki berkenaan kelihatan tenang ketika diperiksa oleh doktor di sebuah hospital.

Video yang dimuat naik ke satu laman Facebook peminat pancing ikan mendapat banyak ulasan dengan ramai pengguna menyatakan terkejut kerana lelaki itu masih selamat.

Bagaimanapun, ia tidak menyatakan mengenai tahap kecederaan lelaki berkenaan atau bagaimana ia berlaku.

Bagi peminat penembak ikan, jadikanlah ini sebagai teladan kerana aktiviti seperti ini mampu mengundang padah dalam sekelip mata.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI