Seorang penunggang motosikal maut apabila lehernya tersangkut di pagar penghadang jalan selepas terjatuh dari motosikalnya, baru-baru ini.
Jurucakap polis berkata, mangsa ditemui dengan kepala tersangkut di pagar berkenaan oleh orang ramai yang melalui jalan itu.
Gambar yang dimuat naik di laman sosial China menunjukkan leher lelaki itu tersangkut pada celah pagar seluas 10 sentimeter.
Polis percaya, mangsa terjatuh dari motosikalnya sebelum kepalanya tersangkut di celah pagar yang dipasang di tengah jalan raya.
“Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi ketika keadaan gelap kerana tiada saksi yang melihat kemalangan itu,” kata polis.
0 comments:
Catat Ulasan